Friday, February 4, 2022

TERLEBIH FOKUS KEPADA AKHIRAT?

 

PEMBENTUKAN DIRI – DUNIA @ AKHIRAT?


Pembentukan dan pembawakan diri kita akan bergantung kepada pengisian mana yang kita tumpukan sepanjang kehidupan ini. Diri akan terbentuk salah satu dari tiga golongan ini ;


1.   Berlebihan fokus kepada dunia
2.   Berlebihan fokus kepada akhirat
3.   Seimbang akhirat dan dunia.



BERLEBIHAN FOKUS KEPADA DUNIA


Kalau kita fokus kepada pengisian dunia, sekular, mengikut serta percaya dengan apa yang disampaikan oleh orang-orang Barat maka kita akan membentuk diri yang menjadi orang yang berlebihan cinta kepada dunia. Bukankah pelik kalau kita percaya dan terima dalil dan teori orang Barat yakni orang kafir yang nyata akan masuk neraka sekiranya mereka mati dalam keadaan kafir? Sedangkan kita ada jawapan kepada semua persoalan kehidupan sebagai manusia ini dalam Islam. Allah terangkan dalam Al Quran dan Nabi SAW menzahirkannya. Andai pengisian itu selari dengan Al Quran dan Sunnah maka ia boleh diterima masuk kepada diri namun kalau ia bercanggah eloklah ia ditangkis keluar. Konsep 4T dalam bab yang lalu boleh digunapakai dalam hal ini.



BERLEBIHAN FOKUS KEPADA AKHIRAT


Golongan ini fokus kepada akhirat lantas meninggalkan langsung dunia ini. Fokus menjalankan amal ibadah hingga tidak bekerja mencari rezeki, tak makan dan tak minum hingga memudaratkan diri dan sebagainya. Seperti yang pernah saya sebut dalam blog ini kalau kita nak habiskan masa 24 jam beramal dan duduk di masjid maka lebih baik kita jadi malaikat dan jangan jadi manusia. Ini kerana manusia kena berhubungan, bekerja, berniaga, bersilaturrahim dan sebagainya.



SEIMBANG AKHIRAT DAN DUNIA


Inilah fokus Minda Akhirat yang ingin saya sampaikan dalam blog ini. Dunia ini landasan akhirat. Dunia ini adalah tempat kita bercucuk tanam untuk mendapatkan tuaiannya di akhirat kelak. Ini kerana dalam perjalanan kehidupan manusia kita bukannya keluar dari perut mak kita dan terus ke alam akhirat. Walaumacamanapun kita kena lalu alam-alam yang lain termasuklah alam dunia. Di alam di dunia inilah kita diuji akan ketaatan dan kepatuhan kita kepada Allah sebagai khalifah yang tugasnya membawa manfaat untuk memakmurkan bumi dan bukan merosakkannya. Lagipun Allah melapangkan dunia dan akhirat bagi insan yang mengejar akhirat. InshaAllah.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430

Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;

No comments:

Post a Comment