Perbezaan seterusnya dalam paparan ini ialah orang yang berminda akhirat, lurus orangnya. Lurus dan mudah kehidupannya. Mereka memegang tali Allah, bila bercakap mereka bercakap benar, bila berjanji mereka tepati, bila diberi amanah mereka bertanggungjawab. Mereka ini adalah orang-orang yang mudah dijangka. Mereka ini orang yang bersih hatinya. Ini kerana mereka mengikut hukum hakam Allah, mengikut syariat dan tak lari darinya. Kalau kita mengenali mereka kita tahu mereka adalah orang yang boleh diharap dan dipercayai. Orang seperti ini elok dijadikan sahabat dunia dan akhirat kerana mereka sentiasa sudi membantu anda dalam susah dan senang.
Berbeza dengan berminda dunia, mereka ini penuh dengan tipu daya, penuh dengan auta dan temberang, penuh dengan manipulasi. Hendak menyampaikan sesuatu perkarapun penuh rahsia, sorok sana sorok sini, pusing sana pusing sini. Orang seperti ini sebenarnya elok jadi peguambela kerana mereka pandai pusing cerita umpama ular hinggakan orang yang mengikut kata-kata mereka itu ketinggalan dan tenggelam punca. Kalau mereka meniaga mereka juga penuh dengan alasan dan tipu daya. Bercakap benar dan lurus adalah perkara yang terakhir di dalam minda mereka. Kehidupan mereka juga bersimpang siur dan bersimpul-simpul. Pada saya kalau anda bertemu dengan orang yang sebegini elok jauhkan sahaja kerana mereka ini akan hanya menyusahkan anda.
Dalam hal ini sekiranya anda seorang yang lurus, benar dan menepati janji maka pastinya anda bukan seorang yang penipu, kaki memanipulasi dan sering memungkiri janji.
Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
No comments:
Post a Comment