Saturday, February 5, 2022

EVOLUSI LAGU

 


EVOLUSI LAGU

Dalam bab ini mari kita buat kajian perbezaan penerapan tadi dengan mengkaji evolusi lagu.

Sengaja saya masukkan bab evolusi lagu ini ke dalam blog ini untuk mengajak anda sidang pembaca sekalian berfikir. Kalau kita lihat sejak zaman dahulu kala kita dapat tengok evolusi lagu dari tahun ke tahun kalau dan di Malaysia ini berdasarkan carta di atas kita nampak yang zaman dahulu lagu-lagunya lebih perlahan dan lebih mendayu-dayu. Kemudian lama-kelamaan ia bertukar ke ritma jazz, balada, rock kemudiannya rap acapella dan sebagainya. Ia bertukar, berevolusi dan akan terus berevolusi bila mana manusia cuba mencipta lagu-lagu yang lebih segar dan menghiburkan.

Kalau tahun 60-an kita dengar lagu-lagu P Ramlee berkumandang namun Kalaupun kita suka lagu P Ramlee dan kalau kita terus-terusan menyanyi lagu P Ramlee itu hari demi hari, bulan demi bulan saya yakin kita akan merasa bosan dan kita akan tukar dengan lagu yang baru. Tak kisahlah, cuba anda pilih manakah lagu yang paling anda suka dan cubalah menyanyikannya 17 kali sehari selama 20 tahun, tidakkah anda akan merasa jemu dan tidakkah anda merasakan yang anda perlu menyanyikan lagu yang lain pula?

Namun sebaliknya cuba bayangkan seumur hidup kita, berapa kali sudah anda membaca surah Al-Fatihah? Mungkin sudah beribu, malah beratus ribu kali namun Pernahkah anda merasa bosan membacanya? Saya yakin tidak! Cuba tanya kepada seorang tua yang berumur 80 tahun. Sudah berapa kalikah dia membaca surah Al-Fatihah dan tanyakan kembali kepadanya kenapa dia tidak merasa bosan bila membaca surah-surah tersebut?  Atau adakah kita melagukan surah Al-Fatihah itu? Kalau 60-an lagunya mendayu-dayu dan bila masuk zaman Rap kita lagukan Al-Quran itu dengan nada Rap. Adakah P Ramlee membaca Al-Fatihah berbeza kalau dibandingkan bila Sudirman membacanya? Adakah cara Sudirman membacanya berbeza dengan cara atau gaya Siti Nurhaliza membacanya?  Bukankah P. Ramlee, Sudirman mahupun Siti Nurhaliza akan membaca surah Al-Fatihah dengan lenggok yang sama? Pastinya hati mereka juga tidak pernah merasa jemu membaca surah yang diturunkan Allah ini. 

Ini jelas menunjukkan yang ayat-ayat suci Al-Quran itu datangnya bukan dari makhluk, bukan dicipta oleh manusia tetapi ianya diturunkan oleh Allah Taala untuk kita manusia sebagai makanan rohani dan sebagai tanda ingatan kita kepada yang Maha Esa yang tidak menjemukan walaupun berjuta kali kita membacanya.

Ini jelas menunjukkan yang terdapat perbezaan yang ketara tentang sesuatu yang datang dari Allah kalau dibandingkan dengan sesuatu yang datang dari ciptaan manusia. Sifat Al Fatihah itu berkekalan sedangkan sifat lagu ciptaan manusia ini bersifat sementara dan tak kekal. Jadi dalam hal ini Bukankah Lebih baik kita membacakan ayat-ayat dan surah-surah dari Al Quran yang dikurniakan Allah kepada kita daripada kita menghabiskan masa untuk menyanyi lagu-lagu ciptaan manusia yang kononnya boleh membawa kegembiraan di hati sedangkan pembacaan ayat suci Al-Quran ini pasti membawa kepada ketenangan yang berkekalan.

Sekali lagi ia jelas yang semuanya ada dalam Islam,  jadi tidak perlulah kita menyangkalnya.  Untuk pengetahuan anda, dalam blog ini semua kisah dan pengisian adalah dalam rangkuman keislaman.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430

Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/


PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


No comments:

Post a Comment