Friday, February 4, 2022

BELAJAR, KELUARKAN DAN GANTIKAN YANG BARU

 


LEARN, UNLEARN AND RELEARN

Baiklah kita telahpun sampai ke bab untuk menyampaikan pengisian-pengisian keislaman dan keimanan yang boleh menjadikan anda seorang yang memandang dari sudut kacamata seorang yang berminda akhirat. Setakat ini saya telahpun menghuraikan tentang makhluk dan kejadian, tentang sifat dan sikap dan sebagainya. Saya percaya pengisian-pengisian yang anda dapat dalam bab yang terdahulu sedikit sebanyak telah membuka minda anda. Kali ini saya ingin menceritakan tentang bagaimanakah seseorang yang mempunyai minda akhirat menjalankan kehidupan sehariannya.

Tak kisahlah siapa anda yang dijodohkan  dengan blog ini,  tak kira sama ada anda muda ataupun tua,  apa yang pasti di dalam diri anda telahpun ada pengetahuan ataupun ilmu yang terdahulu yang telah menjadi prinsip pegangan kehidupan anda. Dalam hal ini memandangkan ilmu yang bakal anda terima ini merupakan ilmu yang memandang daripada satu perspektif yang berbeza maka apa yang telah anda pelajari mungkin terpaksa anda keluarkan dan digantikan dengan pelajaran yang baru atau dalam bahasa Inggerisnya Learn, Unlearn and Relearn. Dengan harapan pengisian dan pelajaran baru yang  masukkan dalam diri anda akan dapat dihayati dan seterusnya diamalkan di sepanjang kehidupan anda. InshaAllah ia akan membawa kebaikan yang banyak buat diri anda di masa-masa mendatang  baik di dunia mahupun di akhirat kelak.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;

No comments:

Post a Comment