Friday, February 4, 2022

SISTEM AKAL DAN MINDA

 



SISTEM AKAL

Pernahkah anda bertemu dengan kawan-kawan dan bila anda pulang anda merasakan yang anda tak dapat mencakup walau satupun input baru? Ini kerana isu yang dibincangkan tidak bersifat ilmiah hanya bergosip, menceritakan perihal orang lain dan sebagainya atau mungkin juga anda telah punya ilmu pengetahuan yang terdahulu yang kukuh dalam diri lantas menyebabkan keadaan ini terjadi.

Atau

Pernahkah anda membaca sebuah buku dan merasakan yang ia begitu membosankan kerana anda telah tahu kebanyakan isinya dengan hanya satu dua isi tambahan yang dapat anda cakupi.

Atau

Pernahkah anda bertemu dengan pengikut ajaran sesat dan anda kemudiannya menyanggah semua pengisian yang disampaikan mereka.

Atau 

Pernahkah anda menyertai sebuah seminar atau kursus motivasi dan merasakan yang ia begitu membosankan kerana anda telah tahu kebanyakan isinya dan anda merasakan yang anda boleh memberikan pengisian yang lebih baik?

Dan pelbagai contoh yang lainnya.

Terus terang saya katakan saya telah melalui semua pengalaman ini. Kadangkala hati saya meronta-ronta untuk ke depan bilik seminar dan seakan ingin mengambil alih tempat guru di hadapan kerana merasakan saya boleh menyampaikan dengan lebih baik dengan kaedah yang lebih berkesan namun demikian ia tak pernah berlaku kerana saya tak mahu mengganggu kredibiliti guru yang berkenaan. Bukanlah nak mengatakan yang diri ini pandai tetapi saya mahu berbuat demikian kerana saya ingin membantu menambahbaikan seminar tersebut dengan harapan ia membawa manfaat kepada pendengarnya. Itu sahaja niat saya.

Mungkin sebab inilah saya menulis buku dan blog bagi menyampaikan apa yang tahu dengan niat yang sama. Semoga ia membawa manfaat kepada anda. Kalau anda merasakan yang blog saya ini tiada input maka saya yakin anda seorang yang banyak ilmunya, jadi saya ingin sarankan agar anda mula menulis dan sampaikan kepada khalayak akan ilmu yang anda tahu itu. Saya yakin pasti ia akan membawa kebaikan.

Apapun bila mendapat sesuatu pengisian saranan saya gunakanlah Konsep 4T yang bakal saya huraikan ini dengan itu anda bakal mendapat mengasingkan ilmu yang jitu dari maklumat yang begitu banyak kita terima saban hari.

SISTEM AKAL - Konsep 4T

Tangkis
Tapis
Tukar
Tambah

Disini izinkan saya menerangkan mengenai konsep 4T dalam sistem akal ini. Sistem yang saya gunakan dan mungkin juga berguna untuk anda. Di sini saya terangkan dengan cara yang ringkas.

Tangkis

Tangkis ini bermakna dalam satu-satu pengisian kita perlu membuang apa yang tak perlu. Pengisian dengan kelucuan dan kelucahan yang  melampau contohnya, pengisian yang menimbulkan konflik serta kontroversi, firnah, menipu, yang membebankan dan sebagainya.

Tapis

Maklumat dan pengetahuan yang kita dapati itu sebenarnya bersifat mentah. Kita perlu menapisnya bagi mendapatkan intipatinya isinya. 

Tukar

Seterusnya kalau dahulu kita percaya kepada prinsip B yang telah menjadi prinsip diri sekian lama tetapi kemudiannya kita bertemu dengan prinsip A yang jauh lebih baik juga merupakan prinsip yang benar, maka saya sarankan kita buang prinsip yang terdahulu dan gantikan dengan prinsip yang baru ini.

Tambah

Kalau kita sudah ada prinsip A contohnya dan penyampai menyampaikan pengisian yang sama tetapi ia jauh lebih baik dari apa yang kita ada. Di sini kita akan berkesempatan untuk mencantikkan prinsip A kita itu. Menambah bunga mencantikkan ia menjadi prinsip A yang berbunga-bunga.

KONSEP 4T KEPADA MINDA AKHIRAT

Kepada mereka yang berminda akhirat, mereka menjadikan Al Quran dan Hadith Nabi sebagai penapis dan penangkis terhadap pengisian yang cuba masuk ke dalam dirinya. Setiap pengisian mestilah ditapis dengan melihat adakah ia selari dengan hukum hakam Islam. Kalau benar maka ia boleh diambil, kalau tidak maka pengisian tersebut akan dikeluarkan walaupun pahit.

Kefahaman dan praktikaliti yang kita gunakan dalam Konsep 4T ini akan menyebabkan hanya ilmu dan pengetahuan yang benar dan bermanfaat sahaja yang masuk ke dalam hati dengan yang demikian lambat laun menjadikan hati bersih dari pengisian yang kotor dan yang tak benar.

Setelah melakukan semua proses ini dalam seorang yang berminda akhirat maka saya percaya maklumat yang kita terima itu akan menjadi ilmu yang benar. Ia secara tak langsung akan menyebabkan kita mempunyai sifat-sifat yang baik. Sifat mahmudah. Hati yang baik ini akan dicerminkan dengan sikap, kelakuan dan akhlak yang baik. Pemilik hati ini akan mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Jati dirinya terbina, menjadikan tindak tanduk kita sentiasa berada dalam landasan yang benar malah memberikan kita penyelesaian yang baik dalam apa juga dilema kehidupan yang kita hadapi. Kita bakal menjadi insan berminda akhirat yang tenang lagi reda.

KONSEP 4T KEPADA MINDA DUNIA

Tapi bagi kebanyakan kita, kita biarkan sahaja apa yang masuk ke dalam hati tanpa sebarang tapisan. Jadi pengisian atau input itu menjadi bercelaru, ini menyebab nilai dan prinsip pegangan kita jadi berterabur. Sekejap kita gunakan kaedah begini untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan kita gunakan kaedah yang lain pula di masa yang lain walaupun dalam menangani set masalah yang sama.

Bagi kebanyakan kita tangkisan dan tapisan yang berlaku akan mengikut kepada logik akal fikiran dan pengetahuan atau pengalaman lama / terdahulu yang telah sedia ada dalam diri. Bukan semua benda dalam hidup ini hanya mengikut logik kerana dalam Islam ada banyak benda yang tak logik tapi mesti kita terima dan percayai.

Sebagai contoh dalam Hukum Hudud, pencuri yang didapati bersalah kena potong tangannya. Logik ke tak? Kenapa pula bila keluar AIR Mani kita kena mandi hadas sedangkan bila kita keluarkan NAJIS kecil atau besar kita tak perlu mandi tapi cukup dengan kita berwuduk? Tak logik jugak kan?

Sebagai contoh mudah, “Laughter is the best medicine”. Kalau ikut logik ia benar dan kita benarkan ia masuk dalam diri kita sedangkan dalam Islam ia bersifat makruh dan ketawa yang banyak akan menggelapkan hati. Lebih keras lagi mereka yang buat lawak di khalayak ramai akan dipenjarakan 40 tahun di akhirat atas setiap satu lawak yang mereka utarakan. Satu hari di akhirat pula adalah bersamaan dengan 1000 tahun dunia. Bayangkanlah.

Jadi dalam hal ini logik akal bukanlah penapis yang terbaik buat kita manusia yang beragama Islam. Yang paling baik ialah untuk mempastikan setiap pengisian yang cuba masuk itu selari dengan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Kalau ia selari maka kita benarkan ia masuk dan menjadi prinsip pegangan diri. InshaAllah ia akan bawa kebaikan kelak kerana kita meletakkan hukum hakam Allah di tempat yang teratas.


Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;

No comments:

Post a Comment