OBJEKTIF PROGRAM MINDA AKHIRAT
Dalam bab pertama ini mari kita lihat apakah objektif pengisian Minda Akhirat ini. Antara objektif pengisian Minda Akhirat adalah sepertimana dalam gambarajah di bawah ini ;
MENGAJAK SEMUA KEMBALI KE JALAN ALLAH
Pertamanya ingin mengajak kita semua kembali ke jalan Allah. Ternyata daripada umat akhir zaman, umat yang terdedah kepada dosa dan noda hinggakan kadang-kadang kita terlupa dan hanyut dengan permainan dunia. Kita jadi orang yang mengejar dunia, mengejar harta, mengejar nama, mengejar pangkat dan mengejar kekayaan di dunia ini sedangkan semua ini bersifat sementara dan sama sekali tidak kekal. Semua ini tidak menjanjikan kebahagiaan dan keselamatan di akhirat nanti. Mereka yang selamat hanya mereka yang berpegang utuh kepada tali Allah Taala.
MENGENALI DAN MENDALAMI SARANAN ISLAM
Keduanya saya ingin mengajak kita semua untuk sama-sama mengenali dan mendalami apakah yang disarankan Islam buat kita makhluk bernama manusia ini. Ini kerana agama Islam adalah agama yang serba lengkap untuk dijadikan panduan dalam sepanjang kehidupan. Ugama untuk semua manusia. Ugama yang memberikan penyelesaian dalam semua hal. Ugama yang diredhai Allah Taala.
MENINGKATKAN JATI DIRI UMMAH
Seterusnya saya yakin yang pengisian minda akhirat ini boleh membantu dalam meningkatkan jati diri. Manusia yang beragama Islam dan yang beriman kepada Allah sebenarnya merupakan manusia yang paling kuat. Ini kerana kita akan berada dalam lindungan dan peliharaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kekuatan itu datang kerana kita ada Allah. Kekuatan ini akan menjadikan kita insan yang tabah dan yakin dalam menjalani kehidupan di dunia yang pernuh dengan dugaan dan cabaran itu.
MENGENALI DIRI SEBAGAI HAMBA ALLAH
Bila kita tidak kenal diri, bila kita tak kenal siapa diri kita, ia menjadikan kita sombong, malah jadi keliru yang mana menyebabkan kita tidak tahu akan hala tuju ke mana kita hendak pergi dan apakah yang perlu kita lakukan sepanjang kita hidup di muka bumi ini, dalam erti kata lain kita berada dalam kegelapan. InshaAllah huraian Minda Akhirat ini akan dapat membantu menyuluh dan menerangkan perjalanan.
MENYUSUN DAN MENCUKUPKAN ILMU PENGETAHUAN YANG ADA
Tak kisahlah sama ada anda orang muda ataupun orang tua tu yang telah mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang terdahulu. Pengisian minda akhirat ini sesuai untuk semua orang tak kira dalam apa peringkat sekalipun. Kepada yang muda ia akan menjadi ilmu yang baru, kepada yang sudah berumur pula pengisian ini akan menyusun ilmu-ilmu yang ada di dalam dada dan InshaAllah mencukupkannya. Ia umpama permainan Jigzaw Puzzle. Dalam diri kita selama ini input masuk secara tidak tersusun, tidak mengikut tertibnya. Ia masuk secara berterabur sejak dari kecil lagi. Bila ia berterabur begitu di dalam diri maka kita tidak nampak gambaran keseluruhannya. Pengisian Minda Akhirat ini berfungsi untuk menyusun cebisan-cebisan ilmu itu serta mencukupkan cebisan yang hilang atau tiada dalam diri seseorang itu dan seterusnya bila ia dipasang pada tempatnya barulah kita akan nampak gambaran keseluruhan kehidupan ini.
MENGHURAIKAN PENGISIAN BARU DARI PERSPEKTIF YANG BERBEZA
Sekiranya anda tidak pernah mendengar input yang ada di dalam buku ini maka ia dikira sebagai pengisian baru tetapi sekiranya anda pernah mendengarnya saya yakin ilmu dan huraian yang ada di dalam buku ini akan memberikan satu perspektif yang berbeza daripada apa yang pernah anda pelajari sebelum ini. Perspektif yang segar.
MEMPERBAIKI NILAI DAN PRINSIP PEGANGAN
Dalam kehidupan kita secara tak langsung akan membentuk nilai dan prinsip pegangan diri. Dalam apa juga dilema kehidupan maka prinsip inilah yang akan kita rujuk demi memberikan jawapan dalam membuat keputusan. Namun adakah ia prinsip pegangan yang terbaik? Persoalan seterusnya di sini adakah pembentukan nilai dan prinsip diri kita itu dilakukan secara objektif, tertib dan tersusun atau sebaliknya ia masuk dan terbentuk dalam diri kita secara berterabur dalam tidak sedar. Itu satu persoalan, persoalan kedua ialah adakah nilai dari prinsip itu merupakan prinsip yang utuh lagi benar dan atas dasar apakah prinsip itu terbentuk. Di sini dalam pengisian Minda Akhirat, nilai dan prinsip pegangan yang terbaik berlandaskan Al-Quran dan Sunnah akan dihuraikan. InshaAllah prinsip pegangan Minda Akhirat ini akan membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.
MEMBENTUK MINDA AKHIRAT
Akhir sekali objektif program Minda Akhirat ini tak lain bertujuan untuk membentuk Minda Akhirat. Minda yang sentiasa memilih untuk melakukan kebaikan dan bukannya kerosakan. Minda yang memandang dunia dengan mata hati. Dunia dijadikan landasan untuk ke akhirat. Dunia dijadikan tempat untuk mengumpul saham akhirat demi kejayaan di dunia dan di akhirat. InshaAllah.
Teruskanlah membaca, perjalanan kita baru sahaja bermula. Biarpun objektifnya nampak begitu dalam tapi tak perlu risau kerana isi-isi dalam blog ini disampaikan dengan cara yang santai dan mudah difahami. InshaAllah ia akan membuka minda.
Itu sahaja buat kali ini...
Faizal Yusup Al Haj
0166667430Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
atau di Youtube, Like dan subscibe yer. Layari ;
MENGAJAK SEMUA KEMBALI KE JALAN ALLAH
Pertamanya ingin mengajak kita semua kembali ke jalan Allah. Ternyata daripada umat akhir zaman, umat yang terdedah kepada dosa dan noda hinggakan kadang-kadang kita terlupa dan hanyut dengan permainan dunia. Kita jadi orang yang mengejar dunia, mengejar harta, mengejar nama, mengejar pangkat dan mengejar kekayaan di dunia ini sedangkan semua ini bersifat sementara dan sama sekali tidak kekal. Semua ini tidak menjanjikan kebahagiaan dan keselamatan di akhirat nanti. Mereka yang selamat hanya mereka yang berpegang utuh kepada tali Allah Taala.
MENGENALI DAN MENDALAMI SARANAN ISLAM
Keduanya saya ingin mengajak kita semua untuk sama-sama mengenali dan mendalami apakah yang disarankan Islam buat kita makhluk bernama manusia ini. Ini kerana agama Islam adalah agama yang serba lengkap untuk dijadikan panduan dalam sepanjang kehidupan. Ugama untuk semua manusia. Ugama yang memberikan penyelesaian dalam semua hal. Ugama yang diredhai Allah Taala.
MENINGKATKAN JATI DIRI UMMAH
Seterusnya saya yakin yang pengisian minda akhirat ini boleh membantu dalam meningkatkan jati diri. Manusia yang beragama Islam dan yang beriman kepada Allah sebenarnya merupakan manusia yang paling kuat. Ini kerana kita akan berada dalam lindungan dan peliharaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kekuatan itu datang kerana kita ada Allah. Kekuatan ini akan menjadikan kita insan yang tabah dan yakin dalam menjalani kehidupan di dunia yang pernuh dengan dugaan dan cabaran itu.
MENGENALI DIRI SEBAGAI HAMBA ALLAH
Bila kita tidak kenal diri, bila kita tak kenal siapa diri kita, ia menjadikan kita sombong, malah jadi keliru yang mana menyebabkan kita tidak tahu akan hala tuju ke mana kita hendak pergi dan apakah yang perlu kita lakukan sepanjang kita hidup di muka bumi ini, dalam erti kata lain kita berada dalam kegelapan. InshaAllah huraian Minda Akhirat ini akan dapat membantu menyuluh dan menerangkan perjalanan.
MENYUSUN DAN MENCUKUPKAN ILMU PENGETAHUAN YANG ADA
Tak kisahlah sama ada anda orang muda ataupun orang tua tu yang telah mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang terdahulu. Pengisian minda akhirat ini sesuai untuk semua orang tak kira dalam apa peringkat sekalipun. Kepada yang muda ia akan menjadi ilmu yang baru, kepada yang sudah berumur pula pengisian ini akan menyusun ilmu-ilmu yang ada di dalam dada dan InshaAllah mencukupkannya. Ia umpama permainan Jigzaw Puzzle. Dalam diri kita selama ini input masuk secara tidak tersusun, tidak mengikut tertibnya. Ia masuk secara berterabur sejak dari kecil lagi. Bila ia berterabur begitu di dalam diri maka kita tidak nampak gambaran keseluruhannya. Pengisian Minda Akhirat ini berfungsi untuk menyusun cebisan-cebisan ilmu itu serta mencukupkan cebisan yang hilang atau tiada dalam diri seseorang itu dan seterusnya bila ia dipasang pada tempatnya barulah kita akan nampak gambaran keseluruhan kehidupan ini.
MENGHURAIKAN PENGISIAN BARU DARI PERSPEKTIF YANG BERBEZA
Sekiranya anda tidak pernah mendengar input yang ada di dalam buku ini maka ia dikira sebagai pengisian baru tetapi sekiranya anda pernah mendengarnya saya yakin ilmu dan huraian yang ada di dalam buku ini akan memberikan satu perspektif yang berbeza daripada apa yang pernah anda pelajari sebelum ini. Perspektif yang segar.
MEMPERBAIKI NILAI DAN PRINSIP PEGANGAN
Dalam kehidupan kita secara tak langsung akan membentuk nilai dan prinsip pegangan diri. Dalam apa juga dilema kehidupan maka prinsip inilah yang akan kita rujuk demi memberikan jawapan dalam membuat keputusan. Namun adakah ia prinsip pegangan yang terbaik? Persoalan seterusnya di sini adakah pembentukan nilai dan prinsip diri kita itu dilakukan secara objektif, tertib dan tersusun atau sebaliknya ia masuk dan terbentuk dalam diri kita secara berterabur dalam tidak sedar. Itu satu persoalan, persoalan kedua ialah adakah nilai dari prinsip itu merupakan prinsip yang utuh lagi benar dan atas dasar apakah prinsip itu terbentuk. Di sini dalam pengisian Minda Akhirat, nilai dan prinsip pegangan yang terbaik berlandaskan Al-Quran dan Sunnah akan dihuraikan. InshaAllah prinsip pegangan Minda Akhirat ini akan membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.
MEMBENTUK MINDA AKHIRAT
Akhir sekali objektif program Minda Akhirat ini tak lain bertujuan untuk membentuk Minda Akhirat. Minda yang sentiasa memilih untuk melakukan kebaikan dan bukannya kerosakan. Minda yang memandang dunia dengan mata hati. Dunia dijadikan landasan untuk ke akhirat. Dunia dijadikan tempat untuk mengumpul saham akhirat demi kejayaan di dunia dan di akhirat. InshaAllah.
Teruskanlah membaca, perjalanan kita baru sahaja bermula. Biarpun objektifnya nampak begitu dalam tapi tak perlu risau kerana isi-isi dalam blog ini disampaikan dengan cara yang santai dan mudah difahami. InshaAllah ia akan membuka minda.
Itu sahaja buat kali ini...
0166667430
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
No comments:
Post a Comment