Saturday, February 5, 2022

PERBEZAAN HATI YANG BERSIH, KOTOR DAN MATI

HATI BERSIH / HATI KOTOR / HATI MATI


Bersambung dari bab hati ini, Pada pandangan FY mungkin beginilah kedudukannya ;

Hati Bersih
Terang
Hati Kotor
Kabur
Hati Mati
Gelap

Hati Bersih
Tenang dan Reda
Hati Kotor
Resah Gelisah
Hati Mati
Memberontak dan penuh dengan api kemarahan

Hati Bersih
Selalu ingat Allah
Hati Kotor
Selalu lupa Allah
Hati Mati
Mengundang kemurkaan Allah.

Hati Bersih
Takut buat dosa
Hati Kotor
Selamba buat dosa
Hati Mati
Bangga buat dosa dan ajak orang lain buat dosa.

Hati Bersih
Rasa nikmat buat ibadah
Hati Kotor
Tak rasa apa-apa buat dosa
Hati Mati
Rasa nikmat buat dosa.

Hati Bersih
Suka bantu orang susah
Hati Kotor
Buat tak tahu dengan orang susah
Hati Mati
Lagi tindas orang susah.

Hati Bersih
Pemurah dan pentingkan orang lain
Hati Kotor
Kedekut dan pentingkan diri
Hati Mati
Ambik hak orang lain dan tak pedulikan orang lain.

Hati Bersih
Meraikan kejayaan orang lain
Hati Kotor
Iri Hati dan Dengki melihat kejayaan orang lain.
Hati Mati
Berusaha untuk menjatuhkan.

Hati Bersih
Memaafkan
Hati Kotor
Tak nak memaafkan
Hati Mati
Membalas dendam

Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal darah, kalau ia baik maka baiklah seluruh anggota tubuh. Ia adalah HATI. Inilah isu yang paling penting!

Jom kita sama-sama usaha bersihkan hati!

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup kena Cool, Hati kena Mulia
https://mindaakhirat.blogspot.com/

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan mambawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link 

No comments:

Post a Comment