Dalam bab ini saya ingin menerangkan tentang ciptaan manusia yang dicipta dari sumber yang ada di muka bumi ini yang mana semuanya dicipta oleh Allah Taala. Dalam hal ini kita boleh lihat banyak dokumentari tentang bagaimana sesuatu produk itu dicipta. Dokumentari seperti “How Do You Do That” menunjukkan bagaimana proses pembuatan dijalankan bermula dari bahan mentah ia menjalani pelbagai proses sehinggalah ia menjadi sesuatu produk. Produk itu kemudiannya dijual dan digunakan oleh kita semua.
AIR TEMBIKAI
Baiklah dalam hati ini cuba lihat carta di atas, kita mulakan dengan penciptaan air tembikai, air tembikai dicipta dengan adanya sumber air, buah tembikai dan tebu yang diproses menjadi gula sebagai penambah kemanisan.
Andai Allah Taala tidak mencipta buah tembikai di muka bumi ini maka Pastilah kita tidak akan dapat menikmati air tembikai. Tiada sesiapa yang dapat mencipta air tembikai kerana buah tembikai tidak wujud. Begitu juga sekiranya Allah tidak menciptakan air di muka bumi ini. Hakikatnya tanpa air tiada makhluk yang akan dapat hidup di planet bumi ini. Dengan adanya tiga makhluk inilah maka kita dapat menikmati kemanisan air tembikai.
Begitupun kalau kita buat perbandingan antara air dan air tembikai yang mana satukah yang lebih baik buat manusia? Jawapannya bukan air tembikai kerana sekiranya anda meminum banyak air tembikai silap-silap anda kena penyakit kencing manis. Dalam hal ini air adalah elemen yang lebih baik buat bukan hanya manusia tetapi juga binatang dan juga segala makhluk yang ada di alam ini. Yalah mana taknya, mana ada pokok yang hidupnya dihujani dengan air tembikai. Kalau hari-hari anda siram air pokok dengan air tembikai silap-silap pokok itupun mati.
Apapun dari segi ranking air zamzam berada di ranking yang paling atas! Bukan air tembikai. Ini jelas menunjukkan yang ciptaan manusia tidak sempurna sifatnya dibandingkan dengan ciptaan Allah Taala.
PERKATAAN
Seterusnya bagaimana pula perkataan dicipta? Kita perlukan manusia, akal dan suara untuk mencipta perkataan. Yelah kombinasi binatang, naluri dan suara tidak cukup untuk mencipta perkataan. Mereka hanya boleh berbunyi tapi tak boleh mencipta perkataan yang disusun untuk bercakap dan menyanyi. Kalaupun burung kakak tu boleh bercakap namun perkataan dan ayat itu hanya ajukan yang diajar tuannya dan bukannya diciptanya sendiri.
Itu satu perkara, satu perkara lagi kenapa pula lain daerah, lain negeri, lain negara bercakap atau mencipta mencipta perkataan yang berbeza disusun menjadi ayat yang berbeza, lagu dan puisi yang berbeza dan sebagainya. Sedangkan semua manusia punya akal, punya mulut, punya suara tetapi bila dia mencipta sesuatu perkataan dia tetap akan mencipta perkataan yang berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain? Dalam Malaysia sendiri contohnya terdapat berpuluh slanga dan dialek yang membezakan bahasa dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Cukuplah Negeri Sembilan dan Melaka mereka bercakap dengan slanga bahasa yang berbeza walaupun mereka merupakan negeri yang berjiran. Melaka dan Johor juga bercakap dalam slanga yang berbeza juga. Kelantan dan Terengganu juga sama punya slanga dan dialek yang berbeza. Kenapa begitu?
Saya pernah berjumpa orang yang sakit hati dan begitu tertekan dengan apa yang orang lain katakan padanya. Hinaan, tohmahan, carutan boleh menyebabkan kita menjadi begitu tertekan.
Katalah di zaman dahulu kalau datuk nenek moyang kita menamakan monyet itu dengan nama harimau. Maka pada waktu ini kita pasti akan berkata “Eh! Tengoklah tu, harimau tengah bergayut di atas pokok”. Kalau dahulu bodoh didefinasikan sebagai pandai, saya pasti anda akan berterima kasih kepada orang yang membodohkan anda pada hari ini. Begitu jugalah dengan istilah-istilah lainnya. Ianya hanyalah satu istilah yang dicipta manusia satu ketika dahulu yang turun menurun kepada kita bagi tujuan menerangkan sesuatu maksud.
Persoalan saya di sini siapakah yang mula-mula mencipta perkataan “bodoh” itu? Kenapa dia tak cipta perkataan “pandai” bagi tujuan membodohkan orang lain? Kalau kita tahu siapa penciptanya pasti dia akan jadi kaya kerana dapat royalti kerana kita menggunakan perkataan bodoh yang diciptanya itu sejak sekian lama. Apa yang pelik ialah di England ia tak jadi “bodoh” tapi ia jadi “stupid”, di Itali ia menjadi “stupido” di Afrika ia jadi “onnosel” di Samoa ia menjadi “valea” dan ia berbeza dari satu negara ke negara yang lain. Pelik bukan? Walhal semua manusia sama punya akal dan suara tapi lain pulak yang keluar. Kalau kita onnoselkan seseorang tu di Malaysia ni maka diapun tercengang sebab tak faham apa maksudnya.
Kesimpulannya tiada apalah yang hendak kita sakitkan bila kita mendengar sesuatu istilah itu. Ini kerana ia sebenarnya tidak membawa apa-apa makna. Lagipun kata-kata bukan boleh menyebabkan kita tercedera, luka parah hingga perlu dimasukkan ke hospital. Perkataan, ayat yang membawa istilah hakikatnya adalah makhluk hina dan tak boleh bawa mudarat mahupun manfaat kepada kita melainkan dengan keizinan Allah Taala.
Seterusnya perkataan yang disusun menjadi ayat boleh menjadi karangan, cerpen, puisi, gurindam, pantun, syair, lagu dan sebagainya. Lagu contohnya telah banyak dicipta dari dahulu hingga sekarang. Lagu hanyalah susunan ayat yang dimelodikan. Itu sahaja. Kalau nyanyi banyak kalipun akhirnya ia menjadi muak dan jemu. Namun begitu ramai manusia yang taksub dengan lagu-lagu ini dan ada yang bila mendengar lagu tersebut boleh menangis disebabkan olehnya. Itu belum lagi puja pujian yang diberikan kepada si penyanyinya. Lagu je pun. Apalah yang nak ditaksubkan sangat. Ia hanya rangkap-rangkap susunan perkataan yang dicipta makhluk bernama manusia. Lainlah kalimah-kalimah ayat Al Quran ciptaan Allah Taala tu. Lagi banyak dibaca lagi seronok, lagi nikmat, lagi tenang, lagi menusuk qalbu. Mana ada mana-mana manusia yang merasa jemu membaca Al-Quran walaupun dia telah membaca dan mengulanginya beribu kali. Kenapa? Kerana ia adalah makanan rohani buat makhluk manusia. Ia menenangkan kegelisahan hati manusia.
PERBUATAN
Adakalanya pula perbuatan menggantikan kata-kata. Perbuatan perlukan makhluk manusia, akal dan anggota. Sebagai contoh jari hantu atau “middle finger” diangkat bagi tujuan yang sama iaitu untuk mencarut. Siapa pulaklah penciptanya di zaman bila ia tercipta? Kenapa mereka tidak gunakan jari kelingking atau jari yang lain? Apa beza kalau kita tunjukkan jari kelingking atau jari manis untuk membawa maksud yang sama dan bukannya jari hantu. Saya pasti kalau anda ditunjukkan dengan jari kelingking di zaman ini anda akan tergelak atau dalam kehairanan. Kenapa pula orang tu tunjukkan jari kelingking dia kat aku? Tanya anda.
Kita marah bila orang menunjukkan jari hantu kepada kita tetapi kita tersenyum pula bila orang mengangkat ibu jarinya pada kita. Persoalannya kenapa ibu jari yang diangkat dan bukannya jari kelingking ke, jari manis ke atau sebagainya? Ini juga samalah huraiannya dengan bahasa tadi. Ianya hanyalah satu istilah semata-mata.
Dalam hal ini perbuatan yang terbaik ialah Solat. Menggunakan anggota yag digerakkan untuk berdiri, rukuk, duduk dan sujud untuk menyembah Al Khaliq pencipta kita yakni Allah Taala sambil berzikir, memuji dan memujaNya. Selebihnya ialah menggunakan semua anggota ini untuk membawa manfaat dan bukan mudarat mahupun melkukan kerosakan.
Kesimpulannya saya menggalakan kita semua untuk berkata baik dan melakukan kebaikan dan sebaliknya bukan menggalakkan anda menggunakan istilah yang tak elok didengar atau dilihat itu. Ianya hanya bertujuan iuntuk mempertahankan diri anda daripada tertekan bila mendengar sesuatu istilah buruk yang dilontarkan kepada anda. Bagi mereka yang faham akan apa yang telah saya huraikan ini maka dia mungkin akan hanya tersenyum bila orang lain menggunakan kata-kata yang tak baik, menohmah, menghina, mencarut kepadanya tanpa perlu dia membalasnya. Hatinya tenang sahaja kerana tahu semua itu tidak boleh membawa apa-apa mudarat kepadanya.

KENDERAAN
Badan dan enjinnya dicipta dari logam besi dan aluminium, bahagian panel plastik dicipta dari by product minyak petroleum, tayarnya dari pokok getah dan sebagainya. Semuanya dari sumber yang terdapat di muka bumi ini. Bila ia telah terbentuk menjadi kereta Ferarri, berlagak pulak tuan punya kereta itu. Menjaga kereta itu bagai menatang minyak yang penuh. Kedekut tak bagi sesiapa pinjam pun. Kalau calar atau eksiden dia punya kecewa macam mak dia meninggal pulak. Walhal ia hanyalah sebuah kereta yang datangnya dari bumi ciptaan Allah. Hakikatnya kereta Ferarri itu juga adalah hakmilik Allah taala. Kita cuma diamanahkan atau dipinjamkan kereta tersebut di muka bumi ini. Itu sahaja.
Begitu jugalah dengan makanan, pakaian, hand bag, jam tangan malah rumah yang mahal dan sebagainya. Semuanya terbentuk dari sumber yang Allah pinjamkan di muka bumi ini. Tiada apa yang hendak dibanggakan. Hakikat sebenarnya itu semuanya milik Allah termasuklah diri kita sendiri. Makhluk ciptaanNya. Bila dipanggil nanti kembalilah kita kepadaNya.
Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/
PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!
PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;
No comments:
Post a Comment