Sunday, October 2, 2011

Mencari Sahabat Dalam Kubur


Pergh! Tajuk artikel kali ni menakutkan pulak. Dengan aku, aku pun naik meremang bulu roma... harhar..

Mari kita lihat dari sudut ini, kalau kita lihat di Alam Roh dan Alam Rahim iaitu dalam perut mak kita, kita tak punya kawan atau sahabat untuk membantu dan meminta pertolongan walaupun kita ditakdirkan lahir kembar siam! Nak tolong camana? Nak bukak mata sendiri pun tak boleh.

Anyway, di Alam Dunia, Alam Barzakh dan di Alam Akhirat iaitu di Padang Masyhar lain pula ceritanya. Kat alam ni kita boleh dapat bantuan, bantuan yang macamana? Bantuan yang macam talian hayat tu ke?
Jap lagi saya cerita...

Sembilan bulan kemudian “pelepup” keluarlah kita dari alam perut ibunda ke alam dunia... Dari sini bermulalah kehidupan kita sebagai manusia yang tak dapat lari dari memerlukan bantuan, dari pakai pampers masa kecik sampailah kena pakai pampers balik bila dah tua bangka asyik mintak tolong jer... hawhawhaw... Lagi baik kalau kita dapat bantuan dari Doraemon, semua boleh buat.. hehe...

Di alam dunia ini secara dasarnya kita saling bergantung antara satu sama lain, bila kita perlukan pertolongan maka kita minta bantuan dari ibubapa, adik beradik, saudara mara, sahabat taulan, kerajaan, along, persatuan, syarikat, kroni, Baitulmal dan banyak lagi. Kadang-kadang dibantu dan kadang-kadang tidak.

Tak cukup dengan itu kita carilah sahabat yang kononnya sanggup sehidup semati berkorban apa sahaja, kita joinlah persatuan-persatuan, kumpulan-kumpulan dan geng-geng. Skin head, Punk, Rock, Mat Rempit, Tiga Line, Bintang Tiga, Tiga Lima dan macam-macam lagi...

Persoalannya adakah mereka ini semua sahabat kubur?

Bagaimana bila kita mati kelak? Siapakah akan membantu bila malaikat Mungkar dan Nakir bertanyakan soalan-soalan kubur pada kita?

  • Mak? Abah? Adik beradik?
  • Datuk? Nenek? Opah?, Moyang? Monyet?
  • Sedara Mara?
  • Sahabat? Rakan dan Taulan?
  • PIBG?
  • Kumpulan Raihan?
  • Geng Skin Head kita?
  • Micheal Jackson?
  • Britney Spears?
  • Mawi?

Tak ada beb... diorang pun hijau nak kena jawab soalan yang sama. Kena jawab sendiri-sendiri.. Tak boleh tiru beb... Tak leh gi kubur sebelah bagi jawapan bocor beb... ( Soalan dah bocor.. semua orang tahu hehehe... ) , tak leh bawak toyol nak tiru beb... tak leh ajak kekasih mati sesama, masuk kubur sesama beb... sebab boleh jawab berdua ye tak? Tak leh bawa handphone nak telefon talian hayat beb... tak leh.. tak leh... berjawablah!!

Sebenarnya di Alam Barzakh juga Allah Taala menyediakan kita dengan bantuan, iaitu tak lain ia adalah AL-QURAN. Ini kerana ada hadith mengatakan yang Al Quran akan duduk antara kain kapan dan dada lantas membantu menjawab soalan kubur. Dalam hal ini ceritanya mudah. Andai kita berpegang pada Al Quran maka ia akan membantu dan begitu jugalah sebaliknya kalau kita bergantung kepada komik Naruto dan yang selainnya darinya maka sorilah jawapannya. Kena beduklah kita sampai hari kiamat nanti.. Aduh!!!...

 

Apapun semuanya terpulanglah pada Allah. Tepuk dada tanya hati... Bantuan telah tersedia maka terpulang kepada kita untuk mengambilnya.

Oleh itu alangkah baik dalam dunia yang fana ini kita mengambil Al Quran menjadi sahabat. Kiita mestilah menjalinkan persahabatan dengannya sebaik yang mungkin. Kalau difikirkan Al Quran merupakan sahabat yang boleh berada di mana sahaja dan seandainya kita menghadapi masalah maka kita boleh merujuk kepadanya bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan kehidupan yang kita hadapi. Tak seperti sahabat-sahabat kita yang lain kita tak perlu mengambil air sembahyang untuk bersamanya tetapi kita perlu berbuat demikian untuk bersama dengan Al Quran. Bayangkanlah betapa mulianya Al-Quran ini. Jadi jalan yang terbaik ialah untuk membeli 2-3 naskhah Al-Quran yang boleh kita letakkan di pejabat, rumah atau di mana sahaja tempat yang kita selalu berada supaya mudah kita mengapai, membaca, memahami, menghayati dan melaksanakan apa yang kita dapat darinya. 

Kalau difikirkan sepertimana Allah muliakan makhluk bernama manusia begitulah Allah muliakan kitab Al-Quran kalau dibandingkan dengan kitab-kitab yang lainnya, oleh sebab itulah disarankan untuk meletakkan Al-Quran di tempat yang tertinggi kalau dibandingkan dengan kita-kitab dan buku-buku yang lainnya. Ini bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh para sarjana yang tak ada buku atau kitab yang dibaca atau dihafal pada setiap masa melebihi kitab Al-Quran.

( Eh! Lupa laks.. Al-Quran saya letak kat mana eh? )

Jadi, moral of the story, tak perlulah kita sibuk-sibuk memuja-muji orang-orang yang ramai di muka bumi ini atau mana-mana kitab, majalah, buku dan komik sebab confirm depa tak dapat membantu kita di Alam Barzakh kelak...

Bab bantuan kat alam akhirat InsyaAllah di lain artikel. Heh.. Heharap sempat la tulis, manalah tahu dah nak kena jawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir pulak...

Sekian dulu...

Sesungguhnya yang baik dari Allah Taala dan yang tak baik dari saya sendiri.

 
PS : Saya tulis untuk tujuan motivasi je bro, kalau nak tahu lebih lanjut tanya ustaz yang berdekatan dan berkenaan!!

No comments:

Post a Comment