Sunday, October 2, 2011

Mencari Hidayat



(Hidayat adalah mutiara)

Dalam umur lewat 20-an ini, berjumpa sahabat2 lama akan membuka cerita selebar dunia…ramai member2 sekepala sudah menjadi mayat..hari ini, aku berjumpa dia, seorang pensyarah politeknik di salah satu negeri pantai timur..dia sudah berubah 100%...aku kenal dia dulu..dia dikenali sebagai ‘syaitan kecik’..kerana tubuhnya yg kecil tapi perangai macam setan, samseng gila babi..bertumbuk ngan warden/pengawas adalah antara senaman di malam hari kat asrama…bla bla bla

Tapi sekarang dia dah berubah,,songkok di kepala dan bulu2 bermaharajalela di dagunya..senyuman tak lekang di bibir..perkataan: “Allah”-“Rasul” sering terpancul dari mulutnya…dia kata dia sudah mendapat HIDAYAT…btw (aku dah pndai short english ha ha ha) aku tak nak cerita pasal dia..aku nak cerita bagaimana nak mendapatkah HIDAYAT….bukan nak cerita bagaimana syaitan kecil mendapat hidayat..atau Bapak Syaitan dapat hidayat..aku nak cerita bagaimana korang semua termasuk aku sendiri mendapat HIDAYAT!!!!!

Satu cerita..
Satu hari syaitan telah ‘terkejut syaitan’ kerana belum pernah dalam sejarah dia menggoda manusia sehingga manusia itu menjadi lebih jahat dari dirinya sendiri…! Peristiwa ini berlaku ketika zaman pemerintahan terakhir distinasi Firaun yg mana si firaun ni telah mengangkat martabat dirinya ke tahap TUHAN…senang cerita, si firaun ini mengaku dirinya TUHAN….tak pernah berlaku dalam sejarah yg lalu atau sejarah hari ini(aku rasa..aku ni lambat update isu2 semasa...yg aku tahu ada org mengaku nabi..dan sudah letak jawatan..huh)
Syaitan bagitahu: sejahat2 aku tak pernah mengaku tuhan..tapi manusia ni laaaagiiiiii jahaaaat…sanggup dia declare dirinya tuhan..? dahsyat betul!!!

Maka syaitan ni telah dapat sedikit kesedaran atau cahaya hidayat..lalu mereka2(syaitan, bapak syaitan dll) pergilah berjumpa dengan Nabi Musa untuk mengadu ehwal…bahawa mereka nak bertaubat…

Nota: Nabi Musa ada kelebihan dapat bercakap secara langsung dengan Allah.

Dipendekkan cerita, Allah sanggup menerima taubat dari syaitan dengan syarat si syaitan hendaklah sujud pada kubur Nabi Adam a.s., korang tahu apa syaitan jawab?
“cis, kalau syaratnya sujud pada nabi Adam, kami rela masuk neraka!”
(cerita ini aku ambil dari mulut ke telinga-jadi jgn email aku dari kitab mana datangnya cerita ini-AKU TIDAK TAHU-harap maklum)
so, the moral of story is:
untuk dapat HIDAYAT daripada Allah, kena ada dua syarat:

1-Keinginan
2-Pengorbanan

Oleh sebab itu, Syaitan tak dapt hidayat kerana:

1-Keinginan dah ada..OK
2-Pengorbanan takde: kerana tak mahu sujud pada kubur Nabi Adam..KO

Korang masih samar2?

Kita tengok cerita lain pulak..
Satu hari Umar al Khatab, genster Mekkah, nak pergi bunuh Nabi…(masa tu dia kapir), jumpa ngan seorang sahabat lagi di jalanan..sahabat ni bagitahu,: kau pergi uruskan masalah keluarga kau dulu..adik kau dah masuk islam!!! Saidina umar terus naik angin..balik--- terus belasah adik dia yg masa tu sedang baca al-quran…berdarah2 adik dia kena belasah..dan adik dia rela mati demi mempertahanakan kalimah Allah/potongan2 lebaran2 al-quran tu, yg menyebabkan saidina Umar datang keinginan…nak baca jugak…
lihat, sekarang sudah ada syarat yg pertama-KEINGINAN..,

Lepas tu saidina Umar pujuk adik dia bagi Quran tu kat dia, dia nak baca..apa yg best Sangat tuuu! adik dia still berkeras tak nak bagi gak..akhirnya adik dia buat syarat:
Boleh baca, tapi kau kena ‘mandi’ dulu, sebab kau kapir, tak suci, kena pergi mandi(menyucikan diri)…

Seorang Gangster yg suka bunuh org, tanam anak hidup2..sanggup buat PENGORBANAN..yakni pergi mandi..baru boleh baca…dan beliau sanggup buat..

Akhirnya selepas mandi..bila dia baca lebaran2 Quran itu..Allah telah mencampakkan hidayat..maka berhamburanlah air mata seorang samseng….masuk islam akhirnya..oh..indahnya kesudahan…

Ingat, untuk dapat HIDAYAT daripada Allah, kena ada dua syarat, macam saidinar Umar selaku khalifah ke 2 islam.:

1-Keinginan(nak baca)
2-Pengorbanan(menyucikan diri)

Kerana itu jugalah bapak saudara nabi yakni Abu Talib..walaupun telah buat pengorbanan yg begitu banyak kepada Nabi kita..tapi kerana dia takde keinginan untuk masuk islam..maka dia tak dapat hidayat…masuk neraka selamanya..

1-Keinginan(langsung takde)
2-Pengorbanan(banyak, sangat banyak..)

oleh kerana telah banyak pengorbanan dari Abu Talib, Allah telah bagi seksaan paling kurang..pakai terompah(kasut) neraka..mendidih otak..oh…semua ahli neraka lain nak pakai terompah tu sebab diorang punya seksaan lebih dahsyat, sedangkan Abu Talib fikir semasa memakai terompah tu bahawa dialah paling azab di seksa..hakikatnya:dialah yg paling ringan sekali..oh..! menangis Nabi kita..oh..Hidayat di tangan Allah..
ingat!, untuk dapat HIDAYAT daripada Allah, kena ada dua syarat:

1-Keinginan
2-Pengorbanan

Apa2 aktivitipun kalau korang nak dapat, kena ada keinginan dan pengorbanan..
Nak anak misalnya..kena ada:

1-keinginan(stim/ghairah)
2-pengorbanan(kena bersetubuh)

tak payahlah aku cerita nak kena kahwin ke tak..tak payah!(pembaca blog ini adalah terdiri daripada mereka2 yg bijak2 belaka2, terima kasih-sama2)
Kerana tu ada org yg belajar kat sekolah ugama jadi jahat..mereka:

1-keinginan takde..bagai daun keladi dan air..ustaz ngajar..hati tertutup!
2-pengorbanan ada, mak bapak dah hantar..tapi nak buat camne? Keinginan takde..

Kerana tu juga ada org yg belajar bukan sekolah ugama jadi baik..mereka:
1-keinginan ada-
2-pengorbanan ada, cari ustaz, korban masa, harta, belajar dan amal ugama!

Nota: bukan aku kata sekolah agama tak bagus dan sekolah tak ugama bagus, tapi…argh..stop2 tak yah teranglah…aku tahu pembaca blog ini bijak2 belaka…!
Kerana itulah ada perempuan yg still bukak tudung, kenapa? tak dapat hidayat pakai tudung ke?sebenarnya:

1-keinginan ada (I nak Sangat pakai..nak..)
2-pengorbanan takde..(malulah…rimaslah..panaslah..) 
[lantak engkaulah..he he]
ketawa..ketawa..Org lelaki! Suka sangat kalau tengok perempuan kena kutuk! Yg korang tak gi solat jemaah, apsal?

1-keinginan ada?
2-pengorbanan ada?
-Malu lah sikit kat org tua yg naik basikal gi masjid, sedangkan korang ada Honda mayat..
-Malulah kat org tua yg kurus kering tu..sedangkan korang tubuh sasa…badan sihat(seronoklah ulat bila jadi mayat nanti he he)
-Malulah kat org tua yg rumah sikit punya jauh tapi masih boleh datang masjid..sedangkan korang punyalah dekat rumah sampai salalu2 guna tandas masjid untuk jimatkan air…apa kes!

Tapi ni bukan korang yg selalu baca blog ni..ini cerita pembaca blog org lain.. (ha ha..org kampong ketawa-lawak yg selalu ustaz pakai..ha ha aku ketawa sama, ambik hati ustaz..ha,--)
Jadi kalaulah korang dah ada keinginan nak jadi baik, dan korang fakir baca blog aku boleh jadi baik (kononnya)..maka korang baca blog aku hari2, update blog aku hari2, takde gunanya-takde maknenye kalau korang tak buat pengorbanan!!!…bila aku kata rujuk ustaz..beberapa kerat je yg rujuk ustaz..apa nak jadi korang ni.?.macamamana aku tak membebel macam mak nenek..hari2 dapt dosa marah korang…apa kes!!!(ha ha..aku berlagak bagus dan sombong serta angkuh..saya perasan ramai org baca blog aku..ha ha ha)

Mengakhiri kemarahan aku…aku simbah kemarahan dengan menyayi lagu yg aku ciplak dari Raihan dan edit sana sini..ha ha ha!
c/oHidayat tak dapat diwarisi
Dari seorang 
blogger yang bertaqwa(ha ha ha)
Ia tak dapat di ‘
copy-paste’
Ia tiada dalam 
internet…
Walau apapun caranya jua
Engkau meng
-up date blog hari2
Engkau meng
-up date berjuta kali
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak ada KEINGINAN…
Jika tidak ada 
PENGORBANAN…

Ps: walaupun korang takde keinginan dan pengorbanan untuk jadi mayat..korang tetap menjadi mayat-harap maklum!

nukilan,

Hamka


No comments:

Post a Comment