Wednesday, October 9, 2024

MUDAHNYA BERCERAI KES FATTAH AMIN DAN FAZURA

 

KENAPA BERCERAI?

FY tak nak hurai panjang-panjang. Cerita itu ini begitu begini. Sebabnya mudah saja.
Seorang minda akhirat.
Pasangannya minda dunia.

Ciri-ciri Minda Akhirat.

Bila suka tidak terlalu suka dan bila duka tidak terlalu duka. Tenang sahaja. Tidak dramatik.
Punya sifat dan sikap Mahmudah iaitu sifat dan sikap yang baik. Akhlak mulia. Islamik.
Kaki masjid
Ikut hukum hakam Islam
Kejar akhirat
Takut buat dosa
Tak kejar harta dan duit
Menutup Aib
Bercakap benar
Rendah hati
Baik
Ikhlas
Lurus
Ditindas
Bersangka baik
Ehsan
Prihatin
Pemurah
Bertoleransi
Memaafkan
Reda
Dan lain-lain akhlak yang baik.

Ciri-ciri Minda Dunia.

Bila suka terlalu suka dan bila duka terlalu duka. Dramatik. Moral nampak baik. Sekular.
Punya sifat dan sikap Mazmumah iaitu sifat dan sikap yang buruk.
Kaki Clubbing
Ikut hukum hakam dunia
Selamba buat dosa
Kejar dunia
Kejar harta dan duit
Membuka Aib.
Menipu dan memfitnah
Mengadu domba
Jahat
Menindas
Hipokrit
Bersangka buruk
Kedekut dan berkira
Pentingkan diri sendiri
Berdendam
Tamak
dan lain-lain perangai buruk yang lain.
Perselisihan dan perbalahan ini berlaku kerana pegangan nilai dan prinsip yang tak sama antara dua pasangan tersebut. Ini tak berlaku kepada pasangan yang kedua-duanya berminda akhirat kerana mereka punya prinsip pegangan yang sama.

Masa depan?

Minda akhirat akan menang kerana Allah SWT akan bersama mereka.
Minda dunia hidupnya akan tunggang langgang sebab Allah SWT akan balas semua kejahatan yang telah dilakukan kalau tak di dunia di akhirat kelak.
Sejak zaman Nabi Adam AS itulah kisahnya. Yang jahat, tamak dabnya contohnya Karun, Firaun, Abu Lahab, Abu Jahal semuanya kecundang.
Dahlah bawak-bawaklah insaf. Kembalilah ke pangkal jalan.
Sekian dulu. Maaf kalau terasa. Kebenaran itu pahit. FY tak berniat nak singgung sesiapa.

Nukilan,

Haji Faizal Yusup
Penulis buku motivasi
Masih berkahwin.

PS - Nak bahagia? Dua-dua kena
minda akhirat yang punya nilai, pegangan dan prinsip yang sama. InsyaAllah.

Nak tahu lebih lanjut kriteria Minda Akhirat? Layari...

Saturday, February 12, 2022

PENGENALAN MINDA AKHIRAT

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Selamat datang ke blog Minda Akhirat.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini. Tahniah kerana dengan ketentuan Allah anda berada di sini. 

Percayalah blog ini akan memberi banyak manfaat dan kefahaman dalam kehidupan seterusnya akan membawa kepada ketenangan dan kesejahteraan dalam hidup sekiranya anda mengikuti SEMUA pengisian dan pencerahan yang ada di dalamnya. Tak banyak. Cuma ada 70 bab sahaja. InshaAllah. 

Sebagai pembuka bicara, izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Haji Faizal Yusup. Insan biasa, anak Pak Gad, penulis 12 buah buku. 4 darinya ialah buku motivasi dan 2 darinya memenangi Dana Anugerah Penulis daripada Kementerian Multimedia dan Komunikasi pada tahun 2012 dahulu. Saya lebih dikenali sebagai seorang sifu saham di Bursa Malaysia.

Tak mengapalah itu tak penting. Anggaplah saya hanya sebagai seorang posmen yang menyampaikan surat yang amat penting. Posmen tak penting, apa yang penting ialah input yang disampaikan. Niat saya tak lain hanya kerana Allah Taala.

Sejak pandemik Covid19 melanda negara ia telah membawa impak yang teruk kepada majoriti penduduk negara ini. Ramai yang terjejas. Ada yang dipotong gaji, ada yang hilang pekerjaan, perniagaan terjejas kerana PKP dan sebagainya. Gangguan terhadap mata pencarian pula membawa kepada masalah yang lain pula antara tekanan atau stress serta kemurungan yang lantas membawa kepada pengambilan dadah, alkohol dan sebagainya. Seterusnya menyebabkan masalah perhubungan, keretakan rumahtangga, penceraian, masalah mental malah lebih teruk lagi hingga ada yang membunuh diri.

Kemudian saya juga nampak begitu banyak perselisihan dan perbalahan di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam dari semua peringkat. Dari pemimpin politik ke ahli akademik, ahli ugama dan menuju ke bawah di kalangan orang awam. Ummah nampaknya semakin tenat hingga ada yang tergelincir aqidahnya daripada pandangan kacamata saya. Bukankah kita manusia kena bersatu, menjaga silaturrahim dan berkasih sayang. Bukankah kalau nak masuk syurga Allah kita kena miliki hati yang sejahtera?     

Terkesan melihat situasi ini, saya mengambil keputusan untuk memulakan satu program atau satu gerakan yang saya namakan sebagai program Minda Akhirat.

Kenapa?

Kerana saya yakin pegangan minda akhirat iaitu menjalani kehidupan dengan menggunakan mata hati yakni melakukan apa sahaja dengan melihat kepada apakah implikasinya kepada hari akhirat kelak atau menjalankan sesuatu pekerjaan dengan menganalisis samaada pekerjaan itu berada dalam landasan syariat yang diredai Allah Taala atau tidak. Pegangan ini telah membawa kebaikan yang banyak buat saya dan saya harap dengan menghurai dan berkongsi semua ilmu yang Allah kurniakan sepanjang hidup ini juga bakal membawa kesan yang serupa dalam hidup anda tak kira anda berada di mana walau dalam apa juga yang anda lakukan. InshaAllah.

Lagipun sebagai orang Islam kita tahu yang "kalau kita kejar dunia, dunia akan jadi sempit buat kita tetapi kalau kita kejar akhirat, dunia dan akhirat akan menjadi lapang buat kita..."

Inilah asas program Minda Akhirat ini.


Program Minda Akhirat ini sebenarnya lebih kepada pengisian peringkat asas yang perlu diketahui oleh semua orang dan ia dibentuk khas untuk orang melayu beragama Islam di Malaysia. Saya bukan Ustaz yang boleh menyampaikan ilmu ugama peringkat tinggi. Saya hanya berkongsi ilmu-ilmu asas peringkat rendah. Yelah kalau kita tak belajar di sekolah rendah manakan kita boleh belajar di peringkat Diploma, Ijazah dan sebagainya. Anda boleh belajar dengan ramai lagi ustaz-ustaz di Malaysia malah di dunia untuk belajar yang peringkat tinggi itu. Di sini pengisiannya ialah pengisian peringkat asas tapi ia AMAT penting kerana kalau kita tak punya ilmu peringkat dasar ini maka kita takkan berjaya dalam peringkat yang lebih tinggi.

Analoginya mudah, semasa bayi, kita belajar merangkak dahulu baru bertatih. Kita belajar bertatih dahulu sebelum kita boleh berjalan dan seterusnya berlari. Jadi di sinilah asas permulaannya.

Sebagai permulaan saya minta anda semua lapangkan dada. Kosongkan minda dan mula masukkan pengisian Minda Akhirat ini satu persatu ke dalam hati anda. InshaAllah ia akan bawa banyak kebaikan buat diri anda. Percayalah. "Untuk berjaya di dunia kita perlukan ILMU dan untuk berjaya di akhirat juga kita perlukan ILMU!"

Manalah tahu selepas selesai pengisian ini anda menjadi seorang yang berminda akhirat, punya akhlak yang mulia, berkasih sayang, sentiasa berpegang pada tali Allah seterusnya dikurniakan dengan petunjuk dan hidayah lantas menjadi seorang yang beriman dan beramal dan akhirnya menjadi mukmin yang berada dalam lindungan dan peliharaan Allah Taala di dunia dan di akhirat. InshaAllah.  

Sekiranya anda mendapati yang huraian dan pencerahan Minda Akhirat ini bermanfaat, sudilah kiranya anda kongsikan ilmu ini kepada sesiapa sahaja. Ia ilmu Allah, ia sama sekali percuma! 

Salam perkenalan. Semoga Allah meredai segala usaha ini. Amiinn. InshaAllah.

Sekian dulu buat kali ini.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430

Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
www.mindaakhirat.com

PS - Blog ini hanya ada 70 bab sahaja dan saya akan mengemaskini pengisiannya dari masa ke semasa demi mengukuhkan pengisiannya. Apapun sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscibe yer. Layari ;

 
2 Ogos 2021

KENAPA PERLU BERMINDA AKHIRAT?

OBJEKTIF PROGRAM MINDA AKHIRAT

Dalam bab pertama ini mari kita lihat apakah objektif pengisian Minda Akhirat ini. Antara objektif pengisian Minda Akhirat adalah sepertimana dalam gambarajah di bawah ini ;


MENGAJAK SEMUA KEMBALI KE JALAN ALLAH

Pertamanya ingin mengajak kita semua kembali ke jalan Allah. Ternyata daripada umat akhir zaman, umat yang terdedah kepada dosa dan noda hinggakan kadang-kadang kita terlupa dan hanyut dengan permainan dunia. Kita jadi orang yang mengejar dunia, mengejar harta, mengejar nama, mengejar pangkat dan mengejar kekayaan di dunia ini sedangkan semua ini bersifat sementara dan sama sekali tidak kekal. Semua ini tidak menjanjikan kebahagiaan dan keselamatan di akhirat nanti. Mereka yang selamat hanya mereka yang berpegang utuh kepada tali Allah Taala. 

MENGENALI DAN MENDALAMI SARANAN ISLAM

Keduanya saya ingin mengajak kita semua untuk sama-sama mengenali dan mendalami apakah yang disarankan Islam buat kita makhluk bernama manusia ini. Ini kerana agama Islam adalah agama yang serba lengkap untuk dijadikan panduan dalam sepanjang kehidupan. Ugama untuk semua manusia. Ugama yang memberikan penyelesaian dalam semua hal. Ugama yang diredhai Allah Taala. 

MENINGKATKAN JATI DIRI UMMAH

Seterusnya saya yakin yang pengisian minda akhirat ini boleh membantu dalam meningkatkan jati diri. Manusia yang beragama Islam dan yang beriman kepada Allah sebenarnya merupakan manusia yang paling kuat. Ini kerana kita akan berada dalam lindungan dan peliharaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kekuatan itu datang kerana kita ada Allah. Kekuatan ini akan menjadikan kita insan yang tabah dan yakin dalam menjalani kehidupan di dunia yang pernuh dengan dugaan dan cabaran itu.

MENGENALI DIRI SEBAGAI HAMBA ALLAH

Bila kita tidak kenal diri, bila kita tak kenal siapa diri kita, ia menjadikan kita sombong, malah jadi keliru yang mana menyebabkan kita tidak tahu akan hala tuju ke mana kita hendak pergi dan apakah yang perlu kita lakukan sepanjang kita hidup di muka bumi ini, dalam erti kata lain kita berada dalam kegelapan. InshaAllah huraian Minda Akhirat ini akan dapat membantu menyuluh dan menerangkan perjalanan. 

MENYUSUN DAN MENCUKUPKAN ILMU PENGETAHUAN YANG ADA

Tak kisahlah sama ada anda orang muda ataupun orang tua tu yang telah mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang terdahulu. Pengisian minda akhirat ini sesuai untuk semua orang tak kira dalam apa peringkat sekalipun. Kepada yang muda ia akan menjadi ilmu yang baru, kepada yang sudah berumur pula pengisian ini akan menyusun ilmu-ilmu yang ada di dalam dada dan InshaAllah mencukupkannya. Ia umpama permainan Jigzaw Puzzle. Dalam diri kita selama ini input masuk secara tidak tersusun, tidak mengikut tertibnya. Ia masuk  secara berterabur sejak dari kecil lagi. Bila ia berterabur begitu di dalam diri maka kita tidak nampak gambaran keseluruhannya. Pengisian Minda Akhirat ini berfungsi untuk menyusun cebisan-cebisan ilmu itu serta mencukupkan cebisan yang hilang atau tiada dalam diri seseorang itu dan seterusnya bila ia dipasang pada tempatnya barulah kita akan nampak gambaran keseluruhan kehidupan ini.

MENGHURAIKAN PENGISIAN BARU DARI PERSPEKTIF YANG BERBEZA

Sekiranya anda tidak pernah mendengar input yang ada di dalam buku ini maka ia dikira sebagai pengisian baru tetapi sekiranya anda pernah mendengarnya saya yakin ilmu dan huraian yang ada di dalam buku ini akan memberikan satu perspektif yang berbeza daripada apa yang pernah anda pelajari sebelum ini. Perspektif yang segar.

MEMPERBAIKI NILAI DAN PRINSIP PEGANGAN

Dalam kehidupan kita secara tak langsung akan membentuk nilai dan prinsip pegangan diri. Dalam apa juga dilema kehidupan maka prinsip inilah yang akan kita rujuk demi memberikan jawapan dalam membuat keputusan. Namun adakah ia prinsip pegangan yang terbaik? Persoalan seterusnya di sini adakah pembentukan nilai dan prinsip diri kita itu dilakukan secara objektif, tertib dan tersusun atau sebaliknya ia masuk dan terbentuk dalam diri kita secara berterabur dalam tidak sedar. Itu satu persoalan, persoalan kedua ialah adakah nilai dari prinsip itu merupakan prinsip yang utuh lagi benar dan atas dasar apakah prinsip itu terbentuk.  Di sini dalam pengisian Minda Akhirat, nilai dan prinsip pegangan yang terbaik berlandaskan Al-Quran dan Sunnah akan dihuraikan. InshaAllah prinsip pegangan Minda Akhirat ini akan membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. 

MEMBENTUK MINDA AKHIRAT

Akhir sekali objektif program Minda Akhirat ini tak lain bertujuan untuk membentuk Minda Akhirat. Minda yang sentiasa memilih untuk melakukan kebaikan dan bukannya kerosakan. Minda yang memandang dunia dengan mata hati. Dunia dijadikan landasan untuk ke akhirat. Dunia dijadikan tempat untuk mengumpul saham akhirat  demi kejayaan di dunia dan di akhirat. InshaAllah.

Teruskanlah membaca, perjalanan kita baru sahaja bermula. Biarpun objektifnya nampak begitu dalam tapi tak perlu risau kerana isi-isi dalam blog ini disampaikan dengan cara yang santai dan mudah difahami. InshaAllah ia akan membuka minda.

Itu sahaja buat kali ini...

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscibe yer. Layari ;

INTIPATI PENGISIAN MINDA AKHIRAT







KANDUNGAN BLOG INI


Analisis diri dari atas ke bawah

Sejarah diri

Nilai Pembentukan Orang Melayu Islam di Malaysia

Perjalanan kehidupan – Dari mana dan kemana nak ditujui

Islam itu benar

Islam itu lengkap

Pencipta dan yang dicipta

Makhluk dan kejadian

Perbezaan Makhluk dan Kejadian

Fungsi Makhluk

Tugas Makhluk

Kepatuhan Makhluk

Kemuliaan Makhluk

Ibadah Makhluk

Hiraki Makhluk

Kepatuhan Makhluk

Konsep Tauhid

Pergantungan Makhluk

Pembentukan Sifat dan Sikap

Dugaan Penguji Keimanan

Konsep Segitiga

Pembentukan Hati Yang Bersih

Konsep 4P – Kaedah Mengubah Sikap 

Pengisian

Pengulangan

Pengukuhan

Penerapan

Bagaimana Minda Dunia vs Minda Akhirat Terbentuk

Nilai Dalam Diri

Elemen Keperluan Diri

Kesimbangan Diri

Rahsia Minda

Tahu ke tak tahu

Perbezaan Penerapan Nilai Dunia vs Akhirat

Learn, Unlearn and Relearn

Penerapan Islam

Minda Akhirat

Rukun Iman dan Rukun Islam

Al Quran dan As Sunnah

Pegangan Minda Akhirat

Pandangan 3 Mata

Minda Dunia vs Minda Akhirat

Rahsia Hubungan Bahagia

Kesimpulan

3 Perkara dibawa Mati

Penutup

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscibe yer. Layari ;

MUHASABAH DIRI

 


Sebagai permulaan, kita mulakan dengan menghuraikan kaedah penyusunan blog ini. Ia disusun dengan memandang kepada perkara yang besar iaitu daripada elemen makro kepada elemen mikro yang sekecil-kecilnya yang berada di alam ini.


Elemen makro di sini bermula dengan sejarah hidup seseorang manusia berbangsa Melayu agama beragama Islam yang dilahirkan di Malaysia. Kemudian bagaimana mereka membesar dimana keadaan sekeliling, keluarga dan persekolahan membentuk jati diri individu tersebut.

Kemudian huraian mengenai perjalanan kehidupan kita sebagai manusia dari mana kita datang dan kemana kita nak tuju. Apakah yang perlu kita lakukan di dunia ini untuk kita berjaya dalam perjalanan yang seterusnya. Sebenarnya untuk berjaya dalam hidup di dunia perlukan strategi dan untuk berjaya di akhirat juga perlukan strategi. 


Seterusnya kepada elemen yang lebih kecil iaitu berkenalan dengan Pencipta yakni Allah SWT serta pelbagai makhluk ciptaanNya termasuk kita manusia. Fahami perbezaan, fungsi dan tugas setiap makhluk dan dimana kedudukan kita sebagai manusia dalam hiraki tersebut.

Akhir sekali adalah huraian mengenai pembentukan Minda Akhirat dalam diri kita. Minda akhirat akan menjadikan kita sentiasa berhubungan dengan Allah dan menghubungkaitkan setiap amalan dan perbuatan dengan hari akhirat. Berusaha untuk mengumpul saham akhirat saban hari dalam kehidupan.

Itulah susun aturnya. Ini bermakna untuk memahami semua ini anda kenalah membaca pengisian blog ini dari mula hingga ke hujungnya.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscibe yer. Layari ;

MALAYSIA MASIH MEMBANGUN

MALAYSIA MERDEKA

Sebenarnya negara kita ini masih muda dan mentah. Untuk memudahkan kefahaman cuba perhatikan paparan di  bawah ini.




Di sini jelas sebenarnya negara kita baru sahaja merdeka. Merdeka dari penjajahan Kolonial sejak beberapa dekad yang lalu. 64 tahun. Pada ketika blog ini ditulis Amerika telah punya 46 Presiden Malaysia baru ada 9. Dalam ertikata lain Malaysia baru umur 9 tahun. Masih kanak-kanak sedangkan Amerika sudahpun berumur 46 tahun. Ia sudah dewasa.

Mungkin inilah sebabnya mereka jauh lebih maju dari semua segi. Sains dan Teknologi, Ketenteraan, Perniagaan, Ekonomi, Pendidikan, Undang-Undang, Pembangunan dan sebagainya. Mereka mencipta pelbagai produk dan servis dan kita pula adalah golongan yang menggunakannya. Kita tak dapat nak bersaing dengan teknologi mereka. Mereka ada Tesla kita cuma ada Proton, mereka ada Iphone kita tak ada apa-apa, mereka ada Facebook kita juga kalah dengan mereka. Amerika Syarikat dan ekonomi mereka jauh lebih besar dari kita. Ekonomi negara kita hanya sekitar 0.4% sahaja dari keseluruhan ekonomi dunia.

Begitupun harus diingat semasa awal tamadun mereka di zaman mereka berusia kanak-kanak mereka juga berperang antara satu sama lain, rasuah berleluasa, banyak undang-undang yang belum dicipta, presiden dibunuh dan sebagainya. Mereka sama sahaja sepertimana yang sedang kita lalui pada ketika ini di awal ketamadunan mereka. Jadi tiada apa yang hendak dihairankan.

Kenapa saya menyampaikan hujah ini? Sebabnya ialah untuk kita faham yang kita masih muda dan mentah, banyak yang perlu kita lakukan untuk bersaing. Janganlah kita rasa sejak kita lahir oleh kerana kita manusia kita sama dengan mereka, kita rasa kita boleh cipta apa yang mereka boleh cipta. Mana-mana tamadun sekalipun pada mulanya tidak tersusun, berterabur dan punya banyak masalah sebelum ia diperbetulkan. Ia perlukan masa untuk ia berkembang dan menjadi mantap. Bak kata orang putih “Rome is not built in one day” yang bermakna Rome tidak dibina dalam masa satu hari. Malaysia juga tidak dibina dalam satu hari, ia akan mengambil masa.

Begitupun Islam adalah sebahagian dari kita. Islam telah wujud sejak 1440 tahun yang lalu atau sekitar tahun 580 kalau diikut kalendar Masehi. Ini bermakna Islam jauh lebih awal dari penubuhan negara-negara Barat itu. Islam lebih matang, lebih mantap kalau dibandingkan dengan tamadun Melayu. Bagi yang faham 580 tahun itulah jarak masa ketiadaan Nabi antara Nabi Isa AS dengan Nabi Muhammad SAW. Ini kerana ugama Nasrani datang lebih awal dari Islam dan Islam adalah ugama yang lengkap dari segala ugama. Ugama yang diredai Allah Taala.

Dalam hal ini, banyak yang perlu kita perbaiki. Banyak lagi ruang dan kelompongan yang perlu kita isi baik dari segi politik, undang-undang, pendidikan, sains dan teknologi, pembangunan dan sebagainya. Sekarang kita punya prasarana tahap pertama namun mentaliti tahap ketiga, kita perlu ubah kepada prasarana tahap pertama dengan mentaliti tahap pertama juga dari segala segi.

Mungkin pengisian dalam blog ini akan dapat membantu. InshaAllah.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

www.mindaakhirat.com

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


atau di Youtube, Like dan subscibe yer. Layari ;