Saturday, February 5, 2022

SEJARAH DIRI KITA ORANG MELAYU

  


Nama anak saya Ammar bin Faizal bin Yusup bin Jamal bin Md Noh. Kalau ditanya, samaada dia kenal moyangnya jawapannya tidak. Walhal datuk nenek moyangnya juga pernah singgah di mukabumi ini. Nanti bila kita telah meninggalkan dunia ini, bila orang bertanya kepada cucu cicit kita mereka juga bakal memberikan jawapan yang sama. Mereka tak kenal kita malah sesilap kubur kita yang dah berlalang tu pun tidak diketahui dimana letaknya.

Begitu juga sekiranya saya tanya anda soalan-soalan berikut ini.

Siapakah moyang anda? Anda kenal ke tidak? Tanpa moyang anda anda tak ada datuk, tanpa datuk anda tak ada bapa dan begitulah seterusnya. Adakah moyang anda kaya? Adakah dia seorang ahli perniagaan? Doktor? Lawyer? Apakah ilmu yang telah disampaikan kepada anda? Dimanakah letaknya kubur beliau? Saya yakin anda juga tak tahu jawapannya. Yang pastinya rata-rata moyang kita adalah seorang peneroka tanah. Orang susah. Ilmu pengetahuannya juga sedikit.

Moyang suruh datuk kerja kerajaan kerana ada pencen katanya. Datuk suruh bapa kerja bank kerana ada bonus dan gajinya besar nasihatnya. Bapa sarankan kita dapatkan ijazah suruh kita jadi doktor, pilot, lawyer dan engineer. Datang pandemik Covid 19 semua pening kepala. Engineer, pilot dan lawyer tak ada pekerjaan dan doktor pula kerja 24 jam sehari semalam. Jadi apakah yang akan kita sarankan kepada anak cucu kita nanti?

Ia berbeza dengan bangsa Cina. Moyangnya berniaga dan mengajarkan ilmu perniagaan kepada anaknya. Datuk mengembangkan perniagaan tersebut, bapa pula terus memajukannya. La ni anak cucu mereka semua kaya raya kerana mereka semua terlibat dengan perniagaan. Kalau dibuat perbandingan ia jauh dari berbeza dengan bangsa Melayu. Berbeza dari banyak segi.

Zaman moyang kita ilmunya terhad, ilmu pengetahuan belum lagi berkembang seperti sekarang. Zaman ini ilmu berada di hujung jari. Pun begitu masih ramai yang tak berilmu kerana tidak menggunakan segala kemudahan yang ada untuk mencari ilmu tersebut.

Kesimpulan am pengisian ini ialah sebenarnya tamadun kita masih muda dan mentah dan banyak lagi yang perlu dilalui sebelum kita boleh menjadi negara maju dengan minda tahap pertama. Kesimpulan khusus pula ialah alang-alang singgah hidup di dunia tinggalkanlah tanda. Tulis buku, tanam pokok durian atau cipta sesuatu yang boleh digunakan dan membawa manfaat kepada generasi yang mendatang. Hidup ini sekali, nak jadi biasa boleh sahaja tapi kan lebih baik jadi luarbiasa!

Faizal Yusup Al Haj
0166667430

Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/


PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


 

BEZA PRINSIP MELAYU, BARAT DAN ISLAM

MELAYU, BARAT, ISLAM?


Sebagai seorang yang lahir berbangsa melayu beragama islam di Malaysia, 3 ideologi iaitu nilai Melayu, Barat dan Islam merupakan nilai yang paling kuat mempengaruhi dan membentuk diri kita. Generasi baru ini pula disajikan dengan nilai-nilai budaya Korea Selatan pula dewasa ini.

Adakah ia benar atau salah tak pernah pula kita fikirkan. Mana yang perlu kita ambil dan praktikkan dalam kehidupan tak pernah pula kita kaji akan kebenarannya. Kita ikut sahaja membabi buta.

Mari kita lihat perbezaan prinsip di antara Orang Melayu, Orang Barat dan Islam.

PERBEZAAN PRINSIP

Orang Melayu ada toyol, hantu dan jembalang,
Orang Barat ada vampire, warewolf dan zombie,
Tapi Islam ada malaikat, jin dan syaitan...

Orang Melayu kata rezeki secupak takkan jadi segantang,
Orang Barat kata “Retire Rich, Retire Young”,
Tapi Islam kata berusahalah kamu seperti kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok hari...

Orang Melayu kata kalau ada rezeki baru kahwin,
Orang Barat kata tak payah kahwin,
Tapi Islam kata nak dapat rezeki kena kahwin...

Orang Melayu kata nak senang kena simpan duit,
Orang Barat kata nak senang kena melabur,
Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluar sedekah...

Orang Melayu kata dah kaya baru bantu orang miskin,
Orang Barat kata “The rich gets richer’
Tapi Islam kata kalau nak kaya kena bantu orang miskin...

Orang Melayu kata makan sampai kenyang,
Orang Barat kata “All you can eat”
Tapi Islam kata berhenti sebelum kenyang,

Semua nilai ini akhirnya mengelirukan orang melayu sampai dia sendiri tak tahu apakah dan manakah prinsip yang hendak dipegang. Akhirnya kita menggunakan logik akal dan pengalaman yang terdahulu untuk memandu arah tuju kehidupan kita.

Dalam ertikata lain dalam diri kita seakan ada 3 orang di dalam tubuh badannya iaitu Orang Melayu, Orang Barat dan Orang Islam. Kita boleh ucap selamat pagi kepada orang Cina, kita ucap good morning bila kita jumpa mat saleh dan kita ucap Assalamualaikum bila bertemu dengan Ustaz. Kita ada peratusan yang berbeza dalam diri mungkin 50% Melayu, 30% Islam dan 20% Barat sebagai contoh.

Apa kata kita pecah dan bahagikan 3 orang dalam diri kita ini.

Katalah kita 100% Melayu maka...

Apakah yang akan kita lakukan bila kita bangun pagi?

Mengeliat, Bangun, Masuk bilik air, buang air, mandi, keluar bilik air, bersiap, bersarapan, naik kenderaan dan pergi kerja.

Adakah kita akan makan babi? Makan jer sepertimana kaum melayu yang hidup di Sulawesi, Indonesia sebagai contoh. Bukan hanya makan babi, malah kelawar, ular dan kala jengking juga dimakan mereka. Bagaimana pula cara membunuh binatang tersebut? Ketuk sahaja kepalanya?

Kemudian katalah kita 100% mengikut ajaran Barat. Bagaimana pula bila bangun pagi?

Rasanya lebih kurang sama sahaja. Sesilap mandi pun tak. Hidup dengan prinsip mahukan kesaksamaan dan kebebasan yang mutlak hinggakan mereka boleh berbuat apa sahaja. Pergaulan bebas, Seks tanpa hubungan pernikahan, bertukar pasangan, pasangan sejenis dan sebagainya.

Dalam hal ini cuma penerapan Islam sahaja yang jauh berbeza. Ini kerana ia serba lengkap. Ia punya garispanduan, adab dan tertibnya dalam semua perkara yang kita lakukan. 

Bagaimana pula sebagai seorang Islam? Bila bangun pagi?

Baca doa, masuk bilik air dengan kaki kiri sambil berdoa, ikut adab dan tertib, buang air pakai alas kaki, tutup kepala, mandi tutup aurat, keluar langkah kanan sambil berdoa, pakai baju baca doa, tengok cermin baca doa,  solat subuh dan sebagainya. Makan, minum, tidur, keluar rumah, naik kenderaan, bekerja malah berhubungan kelamin semuanya ada doa adab dan tertibnya. Kalau dilihat ini bermakna secara dasarnya ulama terdahulu telah memikirkan segalanya dan dalam hal ini kita diminta mengingati Allah Taala dalam apa juga yang kita lakukan.

Pengisian dan penerapan Islam tidak boleh dinafikan serba lengkap dan menyeluruh sebagai garispanduan kehidupan sejak dahulu hingga sekarang tidak seperti pengisian Melayu dan Barat yang serba kekurangan.

Dalam hal ini juga sebagai seorang yang beragama Islam kita tak boleh masuk Islam separuh-separuh. Kita mesti masuk Islam sepenuhnya. 100%! Ikut apa yang diperintahkan dan tinggalkan apa yang dilarang sama sekali. Kita kena mengislamkan diri kita sendiri dan mengeluarkan semua ideologi Melayu dan Barat dari dalam diri lebih-lebih lagi sekiranya ia bercanggah dengan hukum hakam keislaman.

Mengetahui hakikat ini maka seeloknya kita sebagai seorang Islam tidak perlulah percaya kepada berjuta hantu ajaran Melayu sejak zaman datuk nenek moyang terdahulu itu kerana ia langsung tidak disebut dalam Islam. Hanya Syaitan, Bidadari, Jin, Malaikat dan Iblis.

Nak tahu apa beza hantu Barat dengan hantu Melayu?

Hantu Barat seperti Dracula, Vampire, Werewolf dan Zombie ia kelihatan dan seperkara lagi ia ada kelemahan dan boleh dibunuh. Sinaran matahari dan kayu tajam yang ditikam di hati Dracula dan Vampire akan membunuhnya. Tembakan peluru perak akan membunuh Werewolf dan tembakan ke kepala mengenai otak akan membunuh Zombie.

Persoalannya bagaimana nak bunuh hantu momok? Bagaimana nak bunuh momok? Malah macamana rupabentuk dan warna momok pun kita tak tahu. Pernahkan sepanjang hidup anda bertemu dengannya? Ketahuilah kalau momok muncul berjisim dan berjirim macam kita pastinya kita boleh memenggal lehernya. Jadi pasti kalau mereka wujud mereka tak berani untuk memunculkan dirinya. 

Kemudian kalau difikirkan lebih mendalam kenapa pula hantu Melayu tak sama dengan hantu Amerika? Tak sama dengan hantu India dan langsung tak sama dengan hantu Cina? Lain tempat lain pulak hantunya. Sedang seluruh dunia manusia sama sahaja punya dua mata, satu hidung, dua telinga dan satu mulut yang terletak kepala.

Jadi dalam bab ini ingin FY tegaskan sekali lagi cukuplah kita percaya kepada Iblis, syaitan, jin dan malaikat. Perkara ghaib yang wajib kita percaya.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


 

EVOLUSI LAGU

 


EVOLUSI LAGU

Dalam bab ini mari kita buat kajian perbezaan penerapan tadi dengan mengkaji evolusi lagu.

Sengaja saya masukkan bab evolusi lagu ini ke dalam blog ini untuk mengajak anda sidang pembaca sekalian berfikir. Kalau kita lihat sejak zaman dahulu kala kita dapat tengok evolusi lagu dari tahun ke tahun kalau dan di Malaysia ini berdasarkan carta di atas kita nampak yang zaman dahulu lagu-lagunya lebih perlahan dan lebih mendayu-dayu. Kemudian lama-kelamaan ia bertukar ke ritma jazz, balada, rock kemudiannya rap acapella dan sebagainya. Ia bertukar, berevolusi dan akan terus berevolusi bila mana manusia cuba mencipta lagu-lagu yang lebih segar dan menghiburkan.

Kalau tahun 60-an kita dengar lagu-lagu P Ramlee berkumandang namun Kalaupun kita suka lagu P Ramlee dan kalau kita terus-terusan menyanyi lagu P Ramlee itu hari demi hari, bulan demi bulan saya yakin kita akan merasa bosan dan kita akan tukar dengan lagu yang baru. Tak kisahlah, cuba anda pilih manakah lagu yang paling anda suka dan cubalah menyanyikannya 17 kali sehari selama 20 tahun, tidakkah anda akan merasa jemu dan tidakkah anda merasakan yang anda perlu menyanyikan lagu yang lain pula?

Namun sebaliknya cuba bayangkan seumur hidup kita, berapa kali sudah anda membaca surah Al-Fatihah? Mungkin sudah beribu, malah beratus ribu kali namun Pernahkah anda merasa bosan membacanya? Saya yakin tidak! Cuba tanya kepada seorang tua yang berumur 80 tahun. Sudah berapa kalikah dia membaca surah Al-Fatihah dan tanyakan kembali kepadanya kenapa dia tidak merasa bosan bila membaca surah-surah tersebut?  Atau adakah kita melagukan surah Al-Fatihah itu? Kalau 60-an lagunya mendayu-dayu dan bila masuk zaman Rap kita lagukan Al-Quran itu dengan nada Rap. Adakah P Ramlee membaca Al-Fatihah berbeza kalau dibandingkan bila Sudirman membacanya? Adakah cara Sudirman membacanya berbeza dengan cara atau gaya Siti Nurhaliza membacanya?  Bukankah P. Ramlee, Sudirman mahupun Siti Nurhaliza akan membaca surah Al-Fatihah dengan lenggok yang sama? Pastinya hati mereka juga tidak pernah merasa jemu membaca surah yang diturunkan Allah ini. 

Ini jelas menunjukkan yang ayat-ayat suci Al-Quran itu datangnya bukan dari makhluk, bukan dicipta oleh manusia tetapi ianya diturunkan oleh Allah Taala untuk kita manusia sebagai makanan rohani dan sebagai tanda ingatan kita kepada yang Maha Esa yang tidak menjemukan walaupun berjuta kali kita membacanya.

Ini jelas menunjukkan yang terdapat perbezaan yang ketara tentang sesuatu yang datang dari Allah kalau dibandingkan dengan sesuatu yang datang dari ciptaan manusia. Sifat Al Fatihah itu berkekalan sedangkan sifat lagu ciptaan manusia ini bersifat sementara dan tak kekal. Jadi dalam hal ini Bukankah Lebih baik kita membacakan ayat-ayat dan surah-surah dari Al Quran yang dikurniakan Allah kepada kita daripada kita menghabiskan masa untuk menyanyi lagu-lagu ciptaan manusia yang kononnya boleh membawa kegembiraan di hati sedangkan pembacaan ayat suci Al-Quran ini pasti membawa kepada ketenangan yang berkekalan.

Sekali lagi ia jelas yang semuanya ada dalam Islam,  jadi tidak perlulah kita menyangkalnya.  Untuk pengetahuan anda, dalam blog ini semua kisah dan pengisian adalah dalam rangkuman keislaman.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430

Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/


PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


KRONOLOGI PERJALANAN MAKHLUK MANUSIA

 


KRONOLOGI MAKHLUK MANUSIA

Dalam bab ini saya ingin menyampaikannya secara ringkas dari aspek susur galur atau kronologi perjalanan kehidupan makhluk bernama manusia menurut perspektif Islam.

Kalau difikirkan kembali bagi kebanyakan kita dengan pendidikan yang kita terima, pengisian kita banyak berkisar pada hal-hal keduniaan dan kehidupan dan kita punya ilmu dan pengisian yang sedikit dalam hal alam lain yang boleh memberi kebaikan kepada diri. Sebagai contoh kita tak didedahkan dengan secara meluas kepada pengisian keislaman seperti alam roh, alam rahim, alam barzakh, padang mahsyar, syurga dan neraka. Walhal kalau difikirkan pada hakikatnya sepanjang kehidupan ini sepatutnya digunakan sebagai persiapan menuju ke arah kematian.

Kronologi makhluk manusia :

Alam Roh

Di alam roh ini makhluk manusia belum lagi dipanggil manusia. Ia masih lagi dalam bentuk roh. Tak banyak yang Allah sampaikan mengenai alam ini. Apapun Roh telahpun berjanji kepada Allah untuk taat. Roh juga berumur sebaya. Yang membezakan ialah waktu roh itu dimasukkan ke dalam rahim ibu yang mengandung pada zaman ini, zaman sebelum ini mahupun zaman yang akan datang. Dalam ertikata lain setiap insan yang kita temui sebenarnya sama baya dengan kita di alam roh cuma dengan kehendak Allah Talla mereka dilahirlah terlebih dahulu di alam ini.

Alam Rahim

Roh yang dimasukkan telah ditetapkan Allah akan amal, rezeki, ajal dan sebagainya sepanjang kehidupannya di dunia. Alam yang dilalui tanpa sedar ini selama lebih kurang 9 bulan masa dunia lamanya.

Alam Hidup di Dunia

Alam inilah kita dinamakan manusia dan disini jugalah penentuan perjalanan kita yang seterusnya baik atau buruk. Tidak seperti di alam yang sebelum ini dimana kita langsung tak boleh membuat pilihan kerana Allah Taala telah memberikan ketetapan, hanya di alam ini pula kita boleh membuat pilihan samaada untuk patuh kepada perintah Allah atau sebaliknya.

Alam Barzakh

Kalau difikirkan di alam barzakh atau alam kubur kita akan diazab namun begitu azab tersebut  berdasarkan kepada 5 persoalan iaitu Siapa Tuhan kamu? Siapa nabi kamu? Mana kiblat kamu? Apa kitab kamu dan siapa saudara kamu. Andai kita salah menjawab maka kita akan diazab oleh Malaikat Mungkar dan Nakir sehinggalah hari Kiamat kelak.

Padang Mashyar

Padang Mashyar pula adalah tempat yang mana semua manusia akan dibangkitkan semula selepas Kiamat  untuk dihisab akan amalnya. Mereka yang bersalah juga akan diazab selama berada di sini dan sesiapa yang baik amalnya maka mereka akan dapat melaluinya dengan mudah.

Titian Sirat

Kemudian titian sirat merupakan titian yang akan dilalui menuju ke syurga dan dibawahnya neraka. Ada yang merangkak ada yang jatuh ke bawah, ada yang merasakan yang titian itu luas dan ada yang merasakan yang titian itu halus. Semuanya bergantung kepada amalan masing-masing. Bagi yang berjaya mereka akan melepasinya begitu laju hingga malaikatpun tak dapat menghalang mereka. Subhanallah.

Syurga

Bagi yang ke syurga maka mereka akan mendapat ganjaran atas kebaikan yang dilakukan di dunia sebaliknya mereka yang masuk neraka bakal mendapat balasan atas kesalahan yang dilakukan itu. Menurut riwayat syurga yang paling kecilpun besarnya 10 kali ganda lebih baik dari dunia. Di sini tempatnya amat bersih. Suci dan murni tanpa kekotoran, tiada najis, tak akan lapar dan dahaga. Kita boleh dapat apa sahaja yang kita minta walaupun apa yang kita minta itu haram sifatnya semasa di dunia namun tidak di sini. Di sini juga terdapat bidadari syurga yang sangat cantik yang kita boleh bersama menurut kehendak diri.

Apapun untuk masuk ke syurga ia terpulang kepada rahmat Allah Taala.

Neraka

Inilah tempat akhir bagi syaitan dan manusia-manusia yang engkar semasa hidupnya di dunia, orang Yahudi, Nasrani, Musyrikin, Munafiqin dan yang lainnya. Orang kafir dan berhala-berhala pula bakal menjadi bahan bakarnya.

Kalau kita lihat semua tempat yang kita lalui itu kita langsung tak boleh membuat PILIHAN. Di alam roh kita tak boleh buat pilihan nak masuk ke rahim yang ibu yang mana satu. Di alam rahim sekali lagi kita tak boleh memilih untuk menjadi seorang Islam, melayu, orang putih, hensem dan sebagainya.

Kita tak dapat membuat pilihan samada kita bakal menjadi seorang lelaki ataupun perempuan. Saya dilahirkan sebagai lelaki walhal saya tidak meminta untuk menjadi lelaki tetapi memandangkan atas kehendak Allah saya reda menjadi lelaki dan apa yang boleh saya lakukan hanyalah mengambil peranan tersebut.

Oleh itu wahai kaum perempuan sekelian, bukanlah kami para lelaki memilih untuk menjadi lelaki. Kami menjadi lelaki atas kehendak Allah Taala jadi tak perlulah anda mengejar untuk menjadi setara dengan kami dengan alasan untuk keadilan, rasa tak puas hati dan sebagainya. Adalah lebih baik anda reda dan seterusnya mengambil peranan sebagai wanita baik sebagai anak yang patuh pada kedua ibu bapa, isteri yang patuh pada suami, ibu yang memelihara anak-anak dan sebagainya.

Konflik jantina inilah yang menyebabkan ada lelaki yang ingin menjadi wanita dan wanita ingin menjadi lelaki. Kalau tidakpun wanita ingin mendapatkan hak yang sama dengan lelaki namun demikian sedarilah yang ianya adalah hak mutlak Allah untuk menentukan jantina seseorang itu. Kita cuma perlu mematuhinya.

Begitu jugalah bila kita menemui alam kematian. Selepas dari itu juga kita tak lagi punya pilihan samada untuk ke neraka atau ke syurga. Pilihan yang ada hanyalah semasa kita berada di alam dunia. Pun begitu kenapa mesti kita buat pilihan yang salah?

Kesimpulannya mudah. Kehidupan seseorang manusia itu sebenarnya ialah untuk dia membuat pilihan yang baik yang menjurus kepada persiapan diri demi menuju sebuah kematian dan ingatlah kita semua sebenarnya sedang berada dalam sebuah perjalanan yang masih panjang. Perjalanan ini akan diteruskan bila kita mati kelak di alam Barzakh.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;


JANGKAMASA HIDUP MAKHLUK SECARA PURATA

JANGKAMASA KEHIDUPAN DI DUNIA SECARA PURATA

Bagi memulakan topik ini apa kata kita buat kajian mudah tentang jangkamasa hidup makhluk yang dicipta Allah di mukabumi ini;

 

Nyamuk 7 hari lepas tu MATI…

Lalat 28 hari lepas tu MATI…

Pepatung 4 bulan lepas tu MATI…

Cencurut 1 tahun lepas tu MATI…

Rama-rama 1 tahun lepas tu MATI…

Harimau 10 tahun lepas tu MATI…

Anjing 13 tahun lepas tu MATI…

Kucing 16 tahun lepas tu MATI…

Monyet 20 tahun lepas tu MATI…

Ikan Koi 40 tahun lepas tu MATI…

Belut 60 tahun lepas tu MATI…

Gajah 70 tahun lepas tu MATI…

MANUSIA 70 tahun lepas tu MATI…

Kura-kura 150 tahun lepas tu MATI…

Ikan Paus 200 tahun lepas tu MATI…

Kepah 500 tahun lepas tu MATI…

Semua kat atas tu makhluk Allah termasuk kita sebagai manusia. Setiap yang hidup pasti akan MATI!

Tapi kebanyakannya tak sempatpun nak hidup sampai jangkamasa tu.

Nyamuk baru hidup 2 hari dah kena bunuh dengan kita…

Kucing baru hidup 6 bulan dah kena langgar kereta…

Agaknya kalau kita jadi nyamuk apa yang kita minta?

Agaknya nak minta hidup lama kot.

La ni berapa umur kita? Berapa tahun lagi nak MATI yer?

Sudahlah, jangan gaduh-gaduh, cari persamaan bukan perbezaan, jangan buang masa sia-sia sebab kita dah tak ada masa, kita dalam perjalanan menuju kematian.

Kita banyakkan yang wajib, sunat dan harus. Kita elakkan yang makruh dan haram. Kita ikut perintah Allah dan kita tinggalkan laranganNya. Kita bina empangan saham akhirat banyak-banyak. Sampaikan sedekah amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan didik anak agar menjadi anak yang soleh yang mendoakan kita nanti. Kita jadi manusia yang menyenangkan dan bukan menyusahkan. Bawa manfaat dan bukan mudarat. InshaAllah.

Oleh itu kita kena ingat yang setiap detik dan saat kita hidup di dunia ini hakikatnya amat berharga. Jom berzikir supaya detik dan saat kita tak terbuang begitu sahaja. Sebenarnya nak berjaya di dunia perlukan strategi dan kalau nak berjaya di akhirat juga kita kena ada strategi juga.

Sebab kalau kita jadi nyamuk, lalat dan pepatung dah lama kita mati dah.

Tapi ramai hidup kat dunia ini ingat yang kita boleh hidup 1000 tahun agaknya.

Faizal Yusup Al Haj
0166667430

Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://mindaakhirat.blogspot.com/

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;

JANGKAMASA HIDUP YANG PENDEK


HIDUP DI DUNIA YANG PENDEK

Dalam topik ini, saya ingin menceritakan tentang jangkamasa kehidupan kita yang singgah di alam dunia ini hakikatnya terlalu pendek. Saya rasa topik ini penting kerana ada diantara kita yang menjalankan kehidupan seakan yang kita akan hidup selama-lamanya atas dunia ini atau hidup secara spontan mengikut keadaan semasa tanpa memikirkan kehidupan secara keseluruhannya yang akhirnya akan menuju kematian. Ingatlah kita hanya singgah di muka bumi ini sekadar kurang lebih 70 tahun atau 25,000 hari sahaja. Saban hari kita sebenarnya sedang melangkah menuju ke arah kematian.

Bumi ini telah berada di sini sejak sekian lama. Kita pula sebenarnya berada di sini hanyalah untuk jangkamasa yang begitu pendek. Misalnya, kita belum berada di bumi ini pada zaman Nabi dahulu, kita tak tahu bagaimanakah keadaannya di zaman tersebut dan kita tidak dapat melihat bagaimanakah keadaannya sebelum lampu dicipta, kita tak tahu bagaimanakah keadaannya semasa perang dunia pertama dan kedua, kita tak tahu bagaimana rasanya negara ini dijajah dan sebagainya.

Apa yang kita tahu ialah kita menggunakan lampu yang dicipta Edison, menggunakan telefon yang dicipta oleh Alexander Graham Bell, kita memegang Sunnah Nabi SAW walaupun semua mereka telah tiada lagi dimuka bumi ini berabad lamanya. Persinggahan mereka di muka bumi membawa manfaat kepada kita.

Katalah kita singgah di bumi ini antara tahun 1950 dan hidup selama 50 tahun dan meninggalkan dunia pada tahun 2000, jadi bagaimanakah keadaannya? Kita berumur 10 tahun untuk mendengar lagu pop yeh-yeh. Pada masa itu di rumah kita tiada radio, tiada televisyen mahupun telefon begitu juga tiadanya elektrik tetapi 30 tahun kemudian pada umur 40 tahun, semua tadi telah dicipta dan dapat kita lihat di depan mata.

Bila kita mati kelak, kemungkinan juga kita tak akan dapat melihat pembangunan dan penciptaan yang akan berlaku di masa yang akan datang. Siapa tahu dimasa yang akan datang, kemungkinan motor boleh terbang dan tak lagi menggunakan minyak, bangunan pencakar langit yang berkali ganda lebih tinggi dari yang ada sekarang, perjalanan jauh mengambil masa yang jauh lebih cepat, manusia dan biantang klon mungkin akan berada di sekeliling kita dan sebagainya.

Bumi ini pula berkemungkinan akan terus berada di sini beribu tahun lagi dan cuma penduduknya sahaja yang bertukar ganti. Dalam lain perkataan, secara relatifnya, kita hanya tinggal di sini hanya beberapa saat.

Masa begitu cepat berlalu, dalam masa yang singkat kita telah pun berumur 10, 20, 30, 40 tahun tanpa kita sedari. Apakah yang telah kita lakukan dan apakah pencapaian serta sumbangan kita selama hari itu?

Bagaimanakah kita bakal diingati pula oleh anak cucu kita? Cuba anda lihat di tanah perkuburan banyak nama ada di sana. Adakah sipolan bin sipolan itu dikenali oleh anak cucunya. Adakah anda sendiri kenal akan moyang oneng anda. Apakah pekerjaan moyang kita itu, kacakkah orangnya, dimanakah kuburnya? Pernahkah anda melawat kuburnya? Sebagai contoh katalah nama anda Ali. Nama bapa anda Abu. Ali bin Abu, Abu bin Bakar, Bakar bin apa? Kemudian Ali pula mendapat anak bernama Adi, Adi dapat anak bernama Ami, Ami mendapat anak  bernama Ani. Ani binti Ami bin Adi bin Ali. Bila ditanya Ani mengenai Ali, dia juga tak tahu apa-apa mengenai moyangnya itu.

Kita tak kenal moyang kita dan kita juga tak tahu bagaimanakah karektor mereka. Mereka hidup di zaman yang berlainan dengan kita. Begitu juga kita, kita akan mati dan kemungkinan besar cucu cicit kita tak akan mengenali kita sepertimana kita tidak mengenali moyang oneng kita. Oleh itu apakah yang boleh kita lakukan atau sumbangkan untuk mereka agar mereka mengingati mahupun tahu akan kewujudan kita? Kalau difikirkan kita hanya boleh melakukan sumbangan semasa kita singgah di mukabumi ini sebab kalau kita dah mati tak ada apa yang boleh kita buat lagi. Ada kemungkinan cicit anda akan lebih kenal pada saya sebab dia terbaca blog ini kelak. Siapa tahu?
  
Bagaimana pula kita mahu diingati? Sebagai seorang yang baik atau sebaliknya. Inilah persoalannya. Ada pula di tanah perkuburan yang lama anda dapat lihat keadaannya yang tidak terpelihara seakan tidak ada sesiapa lagi yang menziarahinya. Mungkin mereka hidup di muka bumi ini dalam jangkamasa yang pendek dan meninggalkan dunia ini tanpa disedari.

Walaupun demikian kita kenal pada nabi-nabi melalui hikayat dan kitab Al Quran, kita kenal Ibnu Sina, Mahatma Gandhi, Martin Luther King, Tun Abdul Razak mahupun P. Ramlee walaupun mereka telah lama meninggalkan bumi ini. Kenapa? Saya rasa kerana impak yang mereka tinggalkan kepada yang ramai yang mana menyebabkan mereka masih lagi diingati hingga ke hari ini.

Arwah bapa saya hidup atau singgah di mukabumi ini dari tahun 1948 dan meninggal dunia pada umur 53 tahun pada tahun 2001. Saya pula mungkin akan singgah di sini buat jangkamasa yang sama dan sekiranya saya hidup selama 53 tahun juga maka saya akan meninggalkan dunia ini pada tahun 2023. Jadi apakah yang dapat saya lakukan selama saya tinggal di sini? Mungkin hanya tulisan-tulisan ini buat anda semua dengan harapan ia membawa kebaikan kepada anda sidang pembaca yang saya kasihi sekelian.

Saya hanya sempat bertemu dengan awrah bapa saya di mukabumi ini antara tahun 1970 hinggalah ke tahun 2001 iaitu selama 31 tahun. Jadi saya pula sempat bertemu dengan anak-anak saya selama berapa tahun dan apakah yang dapat saya lakukan sepanjang masa itu?

Oleh itu pada hemat saya, sepanjang kita berpeluang untuk singgah hidup di muka bumi ini sebaiknyalah kita melakukan yang terbaik dengan menyumbang kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Ini lebih baik dari kita bermusuhan, melakukan kejahatan, menzalimi orang lain dan sebagainya. Maafkanlah sahaja orang yang menganiaya kita. Hidup ini terlalu pendek, apa kata kita jalankannya dengan hati yang tenang dan dalam kegembiraan selalu kalau dibandingkan dengan selalu berada dalam gundah gulana penuh permasalahan.

Menurut maksud sebuah hadith dari Ibnu Umar, Rasulullah S.A.W pernah ditanya tentang siapakah manusia yang paling bijak dan cerdas otaknya. Jawapan baginda :

“Yang paling banyak mengingati mati dan membuat bekalan / persiapan untuk menghadapi mati".

Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...
https://www.mindaakhirat.com/

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;

ALLAH MAHA PENCIPTA



ALLAH MAHA ESA

Dalam hal ini sebagai seorang Islam, FY yakin anda percaya kepada Tuhan yang satu, FY percaya anda yakin kepada Allah Taala. Kita percaya yang tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Allah. Kita percaya yang Allah Maha Berkuasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengetahui akan segalanya yang berlaku di langit dan bumi pada hari ini, hari-hari sebelumnya dan hari-hari yang akan datang.
 
Percaya kepada Allah, Tuhan yang satu ini merupakan cabang Rukun Iman yang pertama dan paling utama bagi seorang Islam. Cumanya mungkin tahap keyakinan dan keimanan kita sebagai manusia kepada Allah yang berbeza kedudukannya. Ada yang di peringkat tinggi namun ada juga yang di tahap rendah dan bagi bukan Islam ada juga yang langsung tidak mempercayai akan kewujudan Allah Taala.
 
Saya tak mahu menghuraikan mengenai perkara ini dengan lebih lanjut lagi  mengenai kewujudan Allah, Tuhan yang berkuasa atas segalanya ini kerana sebagai seorang Islam, kita wajib meyakini dan mempercayainya.
 
Sebagai seorang Islam kita juga percaya yang Allah Maha mencipta, Allah yang mencipta segala-galanya yang ada di tujuh petala langit dan bumi. Cukup dengan berfirman “Jadi, maka jadilah”. Maka terbentuklah apa juga yang ingin diciptaNya. Sesuatu yang dicipta Allah Taala ini namanya makhluk.
 
Huraian makhluk ini akan FY huraikan dalam bab yang akan datang.
 
Faizal Yusup Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup Kena Cool, Hati kena Mulia...

PS - Sekiranya anda membaca semua 70 bab dalam blog Minda Akhirat ini mengikut tertib dan susunannya saya percaya sesuatu akan berlaku di dalam hati anda dengan izin Allah Taala. Ia akan membawa kebaikan yang banyak dalam hidup anda. Percayalah. Kalau anda tak percaya, bacalah!

PSS - Anda juga boleh menonton semua pengisian ini dalam bentuk video di Instagram Minda_Akhirat. Layari ;

https://instagram.com/minda_akhirat?utm_medium=copy_link