Friday, February 4, 2022

SEDEKAH JARIAH PROJEK MINDA AKHIRAT

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Anda telah sampai ke bab ini. Saya harap sedikit sebanyak pengisian Minda Akhirat ini telah mengubah pandangan anda terhadap kehidupan dan harapan yang lebih besar ialah anda dikurniakan dengan Petunjuk dan Hidayah dari Allah Taala. Secara tak langsung anda telah menjadi seorang yang tenang lagi bahagia. InshaAllah. Anda adalah seorang sahabat!

Untuk pengetahuan semua, selagi daya semua pengisian dan usaha menjalankan gerakan Minda Akhirat ini dijalankan secara ikhlas kerana Allah Taala demi mendapatkan keberkatanNya. InshaAllah.

Oleh yang demikian, pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan dari pihak tuan-tuan dan puan-puan. Sekiranya anda berminat untuk menyumbang kepada Program Minda Akhirat - Mencari Hidayah ini anda  boleh berbuat demikian dengan memasukkan sumbangan anda itu kepada no akaun yang tertera dalam slide di bawah ini ;

Perjuangan kita masih jauh. Usaha dakwah ini mesti diteruskan hingga ke titisan darah yang terakhir!




InshaAllah dana ini akan digunakan sebaiknya bagi tujuan operasi menggerakkan program minda Akhirat ini dan bagi tujuan yang bermanfaat yang lain demi pembangunan ummah.

Setakat ini dana sumbangan anda digunakan untuk ;

- Perbelanjaan operasi Minda Akhirat
- Perbelanjaan pengeluaran produk Minda Akhirat seperti Topi, Baju dan sebagainya.
- Perbelanjaan produksi video Minda Akhirat di IG dan Youtube
- Perbelanjaan untuk menerbitkan buku Minda Akhirat
- Perbelanjaan untuk menjalankan seminar Minda Akhirat

Terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan itu. Amiinn. InshaAllah.

FY Al Haj
0166667430
Minda Akhirat
Hidup kena Cool, Hati kena Mulia

Wednesday, February 17, 2016

NAK JADI KAYA DAN BERJAYA – BERSEDEKAH DAN BERSIFAT PEMURAH


TIP RAHSIA MENJEMPUT REZEKI FY – BERSEDEKAH DAN BERSIFAT PEMURAH

Tip kali ini pula ialah berkenaan dengan bersedekah dan bersifat pemurah dam engungkai rahsia menjemput rezeki.

Sedekah adalah satu proses yang berlaku buat jangkamasa yang lama. Kebiasaan memberi yang diterapkan oleh ibu bapa akan menyebabkan si anak mudah untuk memberi iaitu bersedekah kepada mereka yang memerlukannya. Lama kelamaan si anak akan menjadikannya sebagai satu tabiat dan menjadikan dirinya seorang yang pemurah. Kalau ada sedikit maka sedikitlah yang kita sedekahkan dan bila dah ada banyak semakin banyaklah yang boleh disedekahkan. Sekali lagi FY tegaskan yang ianya merupakan satu proses yang panjang. Ia perlu dimulakan dan diulang-ulang berkali-kali hingga ia menjadi prinsip yang terbentuk dalam diri.

Sifat ini tiada pada semua orang kerana ada orang yang begitu berkira. Setiap sen yang dibelanjakan dikira hingga ke sen yang terakhir. Prinsip menjadi kaya dengan sifat kedekut adalah satu prinsip yang walaupun logik di pada mata kasar tapi hakikatnya ia tidak dari sudut Islam mahupun kepada mereka yang memahami. Bagi saya kedekut bukanlah sifat yang baik bagi tujuan melimpahkan rezeki.

Di sini kita boleh lihat ramai orang terkaya di dunia seperti Bill Gates, Warren Buffet, malah Robert Kiyosaki penulis buku Rich Dad Poor Dad mahupun Stephen Covey penulis 7 Habits of Highly Effective People juga menegaskan kepentingan untuk mejadi pemurah, untuk membantu dan membawa manfaat kepada orang lain. Para Ustaz jangan katalah, pengisian mengenai menjadi seorang pemurah untuk berzakat, bersedekah, berwakaf dan menginfaqkan harta sering kali kita dengar dalam ceramah-ceramah mereka.

Ada yang berkata “nanti bila aku dah kaya aku sedekahlah” dan ada pula yang takut untuk mengeluarkan sedekah kerana takut miskin.

Dalam konsep bersedekah ini, sedekahlah kepada yang dekat barulah kepada yang jauh. Bersedekah kepada keluarga dan saham saudara adalah lebih baik kerana kita akan mendapat dua pahala. Satu pahala sedekah dan satu lagi pahala mengeratkan silaturrahim. Kemudian janganlah sibuk untuk bersedekah ke kamboja dan palestin sedangkan kita tahu ada orang miskin di belakang rumah kita.

Kalau hendak bersedekah, kaedah berikut ini boleh digunapakai;

Gajah berilah lembu, lembu berilah kambing, kambing bagi ayam, ayam bagi belalang, belalang bagi semut. Inilah yang wajar.

Gajah yang berdiri di sebelah belalang, dia menggelakkan belalang yang bagi semut. Dia berlagaklah sebab dia bagi lembu yang besar. Ini riak namanya.

Yang jadi tak wajar ialah bila gajah beri semut. Ini kedekut namanya dan kalau kambing bagi gajah ini riak dan membawa mudarat namanya.

Ada diantara kita yang mempunyai sikap ingin membantu semua orang yang hadir dalam hidup mereka tetapi tidak menitikberatkan pada diri sendiri. Membantu hingga memudaratkan diri kita sendiri.

Ingin menjadi lilin yang membakar diri menerangkan hidup orang lain. Mereka yang seperti ini adakalanya berada dalam keadaan tertekan tetapi terus-terusan membantu apa yang menjadi masalah ialah setiap bantuan dan senyuman itu akhirnya menjadi tidak ikhlas.

Meraka akan berkata “ Kenapalah orang tak faham saya? Saya tolong semua orang tapi orang tak pernah faham apatah lagi menolong saya?”.

Buat baik berpada-pada, jangan cuba menjadi juara kepada masalah orang lain sekiranya kita sendiri belum menjadi juara.

Sekian dulu.

Nota - Artikel ini dipetik dari buku Tip Menjemput Rezeki hasil tulisan FY yang masih dalam proses penulisan.

FY
016 6667430

Monday, March 24, 2014

BERAKHIRNYA EPISOD TRAGIS MH370?

Assalamualaikum... 

Hari ini FY ingin mengambil kesempatan untuk mengungkapkan rasa sedih dan pilu atas tragedi yang menimpa penumpang dan anak kapal MH370. Innalilillah... serta salam takziah buat semua ahli keluarga penumpang dan crew yang terlibat. Al Fatihah kepada yang beragama Islam semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas roh mereka.


































FY

 

Thursday, October 24, 2013

NOVEL PERCUMA FAIZAL YUSUP

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM CERIA...

FY ADA HADIAH PERCUMA UNTUK SEMUA - NOVEL PALING BEST PERNAH DIBACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 1 - KARYA FAIZAL YUSUP. LAYARI - 



Sunday, October 20, 2013

Mengembangkan Syiar Islam

Hidup ini sebenarnya mudah sahaja. Ikut, patuh, taat, redha, ikut arahan, ikut hukum hakam, jangan mempersoalkan Allah Taala maka percayalah hidup akan menjadi mudah. Ingat Allah, bersolat, ikut sunnah Nabi dan apa juga yang diperintahkan Allah Taala maka hidup ini akan menjadi tenang dan bahagia.

Inilah peripentingnya mencari maklumat, ilmu dan pengetahuan, menimba sebanyak mana ilmu kerana ilmu-ilmu ini bakal memberi kefahaman dan membetuk sahsiah diri insan yang baik serta berakhlak mulia.

Pun begitu Allah Taala tidak punya blog, tidak punya FB account dan sebagainya. Allah Taala menurunkan Kitab Al Quran sebagai panduan kepada manusia. Rasulullah SAW pula telah lama wafat. Namun demikian arahan dan saranan untuk berdakwah, untuk menyampaikan telah lama dikeluarkan kepada orang Islam, kepada muslimin dan muslimat demi untuk memperkembangkan syiar Islam. Maka kitalah umat Islam yang dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan ilmu-ilmu Allah ini.

Kita jugalah yang diamanahkan untuk meniru dan mengikut cara kehidupan yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Baginda dikurniakan dengan akhlak yang termulia maka dengan berbuat demikian kita juga bakal punya akhlak yang baik.

Sebenarnya Allah menjadikan akhlak dan budi pekerti yang mulia ini sebagai kayu ukuran yang utama dalam menentukan kedudukan seseorang di sisiNya mahupun di sisi manusia. Orang kaya, lawa, berpangkat juga hakikatnya tiada nilai sekiranya punya sikap yang buruk. Orang hodoh, miskin dan papa lebih bernilai anda dia punya akhlak yang baik. Inilah kelebihan mempunyai akhlak dan pekerti yang mulia.

Kepada penyampai, Allah Taala janjikan ganjaran yang banyak. Jadi, sampaikanlah walau satu ayat. Sampaikanlah di alam maya mahupun alam nyata. Sampaikanlah di FB, di blog, di media sosial di media massa mahupun dimana sahaja agar yang tak faham menjadi faham dan yang faham akan menjadi lebih faham. Maka dengan kefahaman ini bakal menjadikan kita insan yang baik dan berakhlak mulia. Insan yang membawa manfaat kepada orang lain. Insan yang menjadi khalifah untuk memakmurkan dunia fana ini. Ketahuilah dunia bakal jadi aman, tenang dan makmur andai semua manusia faham dan punya ilmu kehidupan ini.

Ingatlah dunia ini hanya main-main, akhirat jugalah yang kekal abadi.
Sampaikanlah ilmu Allah walau satu ayat.

Sekian dulu.


FY

Monday, February 4, 2013

Yang Hidup Pasti Akan Mati...

Assalamualaikum semua...  

Tanggal 1 Februari 2013, Nenek FY sebelah bapa telah pergi kembali ke Rahmatullah. Nenek Kidah binti Md Amin ini merupakan nenek yang menjaga FY semasa dilahirkan di Rumah Sakit Daerah Batu Pahat, Johor pada 2 Mei tahun 1970. Pada masa itu ibu FY berpantang di rumah yang terletak di Kamping Istana, Batu Pahat. Beliau menjaga kami umpama menatang minyak yang penuh pada ketika itu.

Namun Allah lebih menyayangi beliau dan ada hari tersebut beliau kembali ke Rahmatullah. FY doakan semoga roh Allahyarhammah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang dikasihi Allah Taala. Berikut ini adalah nukilan Pak Anjang FY - Dr Ismail bin Haji Jamal teristimewa buat nenek yang FY kasihi itu.


FY sepatutnya berada di sini, bersama untuk upacara pengkebumiannya namun susunan Allah Taala tidak mengizinkan kerana FY terpaksa menjalankan seminar saham yang telah dirancangkan jauh lebih awal. Kepada Pakcik Makcik serta saudara mara yang lain, kemaafan yang FY pohon kerana tidak dapat hadir bersama.

Majlis Pengkebumian nenek FY di Presint 20 Putrajaya pada tengahari hari Sabtu 2 Februari 2012...
Inilah hakikat kehidupan, kita manusia hanya bisa merancang namun Tuhan yang Maha berkuasa untuk menentukan. Kita tak boleh berada di 2 tempat pada satu masa. Yang pergi kan tetap pergi kerana itu hukumNya. Yang hidup pasti bertemu dengan dengan kematian namun yang hidup perlu meneruskam perjuangan.

FY dalam Seminar Super Investor hari yang sama Sabtu 2 Februari 2013...

Terus terang andai diberi pilihan pasti FY ingin bersama untuk Solat Jenazah berjemaah, mengusung jenazah, sama-sama dalam majlis pengkebumian sebagai penghormatan terakhir buat nenak FY itu namun FY ada amanah dan tanggungjawab yang lebih besar demi pembangunan ummah atas susunan Allah Taala.

Dengan rasa sedih dan terkilan FY ucapkan selamat tinggal kepada Arwah Nenek FY itu dan pastinya FY akan menyusul satu hari nanti. Semoga Allah memelihara kita semua dan memberkati kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat...

Sekian.

Wassalam.

FY