Monday, April 9, 2012

Menangani Dugaan Kehidupan Yang Mencabar



Kebelakangan ini entah kenapa saya rasakan semakin lama tugas dan tanggungjawab saya sebagai penulis ini menjadi semakin berat. Amanah dan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu saya ini untuk menyampaikan ilmu pengetahuan serta maklumat yang terasa begitu sukar namun inilah yang perlu saya lakukan seikhlas mungkin demi untuk pembangunan ummah.

Dalam profesion saya sebagai Remiser mahupun sebagai seorang penulis atau kaunselor, saya bertemu dengan ramai orang dan dalam pertemuan demi pertemuan ini kebanyakan mereka yang saya temui menjalani kehidupan secara spontan tanpa pemahaman yang jitu mengenai kehidupan ini lebih-lebih lagi bilamana mereka itu merupakan seorang yang muda.

Entahlah saya pun tak tahu dimana silapnya, mungkin sistem pendidikan negara ini masih mempunyai banyak kelompongan yang perlu diperbaiki sebelum ia dapat mendidik rakyatnya secara menyeluruh bila keluar dari institusi-institusi pengajian ini, baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi.

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang gadis yang mempunyai Masters yang merupakan graduan di luar negara dan bakal mendirikan rumahtangga. Dia mendapat wang hantaran sebanyak RM15,000.00 dan mahu menjalankan upacara perkahwinannya di Dewan Serbaguna dengan menggunakan khidmat katering. Dia menyangkakan yang RM15,000.00 itu mencukupi untuk tujuan tersebut walhal di zaman ini, di kala ini dengan keadaan harga barang yang melonjak naik saya tahu dan yakin ia tidak mencukupi melainkan dia mahu berkahwin di sebuah kampung di Kelantan yang mana semuanya dijalankan dengan ala kadar sahaja.

Apa yang ingin saya katakan ialah, mungkin gadis itu seorang yang pandai dari segi akademik namun dia kurang bijak dari segi kehidupan.

Dalam artikel kali ini, sekali lagi saya ingin berkongsi mengenai dugaan kehidupan. Ini kerana saya sering bertemu dengan mereka yang tertekan dan menjadi tak keruan kerana dugaan-dugaan kehidupan yang mereka hadapi.

Begini kisahnya...

Katalah dalam dunia ini Allah Taala menciptakan 1 juta dugaan kepada makhluk bernama manusia dan setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi ini akan diduga dalam rangkuman dugaan yang ada ini.

Dugaan ini datang dalam pelbagai bentuk contohnya dugaan perhubungan, kecacatan fizikal dan mental, kematian, kewangan, kerjaya, kenderaan, kediaman, perniagaan atau apa sahaja. Yang pastinya ia takkan keluar dari rangkuman 1 juta dugaan yang telah diperuntukkan kepada manusia ini. Maksud saya disini tak ada manusia yang akan diduga dengan dugaan terputus kepala dari tubuhnya namun masih boleh hidup dan meneruskan kehidupan mahupun belum ada manusia yang diduga boleh hidup dalam air atau angkasa lepas tanpa udara dan sebagainya. Ia tidak termasuk dalam dugaan yang satu juta yang saya maksudkan tadi. Paling kuatpun manusia membunuh diri bila tak tahan diduga dengan dugaan-dugaan yang dalam rangkuman yang saya katakan tadi.

Kadang-kadang ada yang bertanya kepada saya kenapa orang yang membunuh diri kerana tak tahan diduga walhal Allah Taala berfirman dalam surah Al Baqarah yang maksudnya lebih kurang “Tak akan diduga manusia dengan dugaan yang tak sanggup ditanggunginya...”

Pada saya mungkin maksud dalam ayat ini ialah dugaan atas manusia itu pasti akan dapat ditanggunginya. Maksud saya begini, kalau dugaan orang yang membunuh diri itu diberikan kepada seorang yang lain maka dia tak mengambil tindakan membunuh diri tetapi dia boleh bersabar dan menghadapinya dengan tenang. Ada orang membunuh diri kerana berpisah dengan kekasih, sedangkan ramai yang TIDAK membunuh diri hanya kerana berpisah dengan kekasih. Ada orang membunuh diri hanya kerana gagal dalam peperiksaan sedangkan ramai yang TIDAK membunuh diri hanya kerana gagal dalam peperiksaan malah mereka gagal dalam semua peperiksaan sekalipun.

Dugaan yang diperuntukkan kepada manusia itu ialah perpisahan dan gagal dalam peperiksaan, adakah ia begitu berat hingga tak sanggup ditanggungi manusia? Pastinya ia boleh ditanggungi kerana RAMAI yang telah menanggungnya tanpa masalah. Pada saya semua dugaan dalam rangkuman 1 juta dugaan yang diperuntukkan kepada manusia itu pastinya BUKANLAH dugaan yang tak akan dapat ditanggunginya.

Mari kita bahagikan dugaan itu kepada kategori yang berikut ikut kata P. Ramlee dalam cerita Nujum Pak Belalang ;

1.   Dugaan Banyak-Banyak

Contohnya dugaan masalah dengan manusia kawan, suami, isteri, keluarga, mertua dan sebagainya. Ini kerana manusia tak dapat lari dari dugaan bersifat perhubungan ini.

2.   Dugaan Sedikit-Sedikit

Contohnya dugaan penyakit demam, selsema, batuk, sakit mata, sakit telinga dan sebagainya.

3.   Dugaan Kadang-Kadang

Contohnya dugaan penyakit kronik, sakit jantung, penyakit hati, leukimia, buah pinggang dan sebagainya.

4.   Dugaan Jarang-Jarang
  
Contohnya dugaan perpisahan kerana kematian orang yang tersayang. Ini kerana ia kadang-kadang berlaku untuk kita hadapi.

Dalam hal ini kita akan diduga dengan set dugaan yang tertentu, ada yang diduga dengan masalah kewangan, kemudian masalah dengan suami, masalah di tempat kerja, masalah anak yang sakit dan sebagainya. Selepas dapat menyelesaikan satu fasa maka kita akan diduga pula dengan fasa yang lain pula. Begitulah seterusnya dalam kehidupan ini. Yang pastinya tiada sesiapapun akan dapat melepasinya.

Kalau dibuat perbandingan, anda yang diduga dengan sakit gigi adakah ia lebih teruk daripada mereka yanng terkena serangan jantung hingga menyebabkan hilang keupayaan separuh badan? Kalau anda diduga dengan hutang sebanyak RM2,000.00 adakah ia lebih teruk daripada mereka yang diduga dengan hutang sebanyak RM2 juta? Kalau anda diduga dengan kemalangan hingga menyebabkan kereta anda punah adakah ia lebih teruk dari mereka yang kemalangan hingga menyebabkan mereka hilang daya upaya?

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesungguhnya membandingkan dengan orang yang lebih teruk diduga adalah lebih wajar...”

Kesimpulannya, janganlah berputus asa pabila diduga. Bersabarlah dan berusahalah untuk mencari jalan keluar. Janganlah mengambil keputusan untuk mengambil nyawa sendiri. Ini kerana ada orang yang diduga jauh lebih teruk daripada anda namun dia dapat menanganinya dengan tenang dan selamba. Berusahalah InsyaAllah lambat laun anda akan dapat mengatasinya. 

Ini kerana Allah berfirman dalam Al Quran yang bermaksud ;

“Bertakwalah, kerana kelak akan ada jalan keluar dari tempat yang tidak diduga, dan bertawakkallah kelak Dia akan mencukupkan.”

Acapkali saya katakan dugaan fungsinya adalah untuk menguji keimanan manusia, samaada dia akan terus meningkatkan keimanan atau dia akan kufur. Masalahnya ramai manusia yang diduga tetapi masih lagi terus-terusan melalui jalan yang serong, salah dan dalam kegelapan tidak mahu beriman dan masuk ke dalam jalan yang lurus lagi terang. Maka dugaan itu terus-terusan datang dalam kehidupannya tanpa henti.

Saranan saya kembalilah. Kembalilah ke jalan Allah Taala. Berusahalah untuk meneguhkan keimanan dan tingkatkanlah amalan kepada Allah Taala. InsyaAllah satu hari nanti Allah akan memberikan hidayahNya dan membawa kita ke dalam satu dimensi baru yang berbeza, dimensi yang penuh dengan ketenteraman, kebahagiaan dan ketenangan. Dimensi yang begitu diimpikan oleh semua manusia. Dimensi keakhiratan.

Salam perjuangan.

Sekian buat kali ini. Faizal Yusup mengundur diri.


www.faizalyusup.blogspot.com

Meninggal Dunia




Sudah agak lama FY tidak menulis pengisian hati memandangkan FY sibuk dengan penulisan saham bagi tujuan meningkatkan ekonomi ummah namun sempena bulan Ramadhan yang mulia ini FY menyambung kisah untuk kita sama-sama renungkan.

Beberapa hari yang lepas adik seorang kawan FY yang berumur 12 tahun meninggal dunia terjatuh dalam bilik air. Melihatkan betapa sedihnya adik serta ibunya yang begitu sukar untuk melepaskan jenazah membuatkan FY hiba. FY rasa seperti budak itu seakan salah seorang anak FY. Anak yang tidak berdosa dan masih mentah dan baru singgah di muka bumi ini. Apapun semua ini adalah kehendak Allah Taala dan tiada siapa yang dapat menghalang kehendakNya. Apa yang boleh dilakukan oleh kita sebagai manusia ialah redha.

Sesungguhnya redha ini termasuk dalam rukun iman dan FY yakin mereka yang dapat menerapkan sifat redha dalam hati dalam apa juga susunan Allah Taala ataupun dapat menerima takdir Allah dengan hati yang terbuka dengan rela maka ia merupakan petanda pemilik hati itu adalah orang yang beriman.

Redha kerana ini kehendak Allah Taala dan bukannya kehendak kita sebagai manusia. Mungkin andai ia kehendak kita maka mungkin kita mahu hidup selama-lamanya tidak mahu meninggalkan dunia ini. Mungkin untuk mengumpul sebanyak harta yang boleh. Mungkin juga kerana takut untuk bertemu dengan Allah Taala, takut dihumban ke dalam neraka dan sebagainya. Namun untuk apa? Kita akan hanya menyesakkan dunia yang semakin sesak ini.

FY yakin sepanjang kehidupan kita telah berpeluang untuk menyaksikan majlis pengkebumian seseorang, baik datuk, nenek, ibu bapa, kawan, sanak saudara dan sebagainya baik yang dekat mahupun yang jauh, baik yang disayangi mahupun tidak. Inilah lumrah kehidupan yang pasti akan menemui kematian. Sesungguhnya kematian itu wajib bagi kehidupan. Hari ini ia giliran mereka, yang pastinya giliran kita akan tiba juga. Kematian seharusnya menjadi iktibar kita yang hidup. Mengambil iktibar yang satu hari giliran kita juga akan tiba, mengambil iktibar suatu hari nanti kita yang akan dikapankan, kita yang bakal dimasukkan ke dalam liang lahat, mengambil iktibar agar kita meningkatkan usaha beramal dan mengabdikan diri kepada Allah Taala.

Sesungguhnya Allah berfirman “Dunia ini hanya main-main dan akhirat juga yang kekal abadi...”

Nabi SAW juga pernah bersabda “Orang yang bijak dalah orang yang mengingati mati dan membuat persiapan menuju kematian...”

Kemudian FY pernah terbaca ; Kalau kita punya dua jemputan, satu jemputan keraian dan satu lagi jemputan kematian maka lebih baik kita pergi menziarah kematian kerana ia akan mengingatkan kita kepada akhirat sedangkan yang satu lagi akan hanya mengingatkan kita kepada dunia.

Jadi marilah kita kurangkan mengingati dunia dan lebihkan  mengingati kematian dengan mempertikatkan ibadah kepada Allah Taala. InsyaAllah.

Sekian dulu. FY mengundur diri.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda, sharekan atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

Sifat Mazmumah vs Sifat Mahmudah



 

FY sering mengisahkan tentang pengisian-pengisian agar kita memasukkan dan menerapkan sifat-sifat baik atau sifat-sifat mahmudah sepertimana yang dimiliki oleh Rasulullah SAW serta sahabat-sahabat baginda ke dalam hati. Sifat seperti Redha, Menghargai, Mensyukuri, Pemurah dan sebagainya. Contohnya dalam artikel bertajuk kematian yang lepas FY ada menekankan kepada sifat redha. Salah satu sifat utama yang perlu ada dalam diri kita sebagai manusia makhluk Allah Taala.

Sekali lagi FY ulangi sifat redha ini adalah salah satu sifat utama dalam aspek keimanan kerana ia termasuk dalam rukun Iman. Ini kerana salah saru rukun Iman ialah untuk kita percaya dengan penuh yakin kepada Qada dan Qadar. Percaya kepada takdir Allah. Percaya ada hikmah apa juga susunan kejadian dan peristiwa yang berlaku itu adalah atas ketentuan Allah Taala.

Bila kita punya sifat redha ini maka kita akan mendapat ketenangan, mengelakkan kekecewaan, kemarahan dan sebagainya. Ini kerana kita meletakkan segalanya kepada Allah Taala akan ketentuannya dan bukan meletakkan ketentuan dalam tangan manusia.

Tanpa sifat redha di hati kita akan marah pada hari hujan kerana kita nak cepat ke tempat kerja, kita akan marah kerana jalan jem, kita akan kecewa bila orang memungkiri janji, kita akan bengang bila orang tak bayar hutang, kata akan tak puas hati bila terpaksa menunggu lama, kita geram kerana keadaan panas, kita tak puas hati kerana servis lambat dan sebagainya. Mungkin dalam aspek yang boleh ditambahbaikan mungkin kita boleh menegur dengan hikmah contohnya dalam hal servis yang lambat, namun demikian takkanlah kita nak marah kepada hari hujan kerana bukan ada apa yang kita boleh buatpun kerana itu sudah pasti kehendak Allah Taala yang terkeluar dari kuasa manusia. Kalau bolehpun bolehlah kita berusaha mencari bomoh hujan untuk mengalihkan hujan itu ke tempat lain.

Jadi persoalannya apakah yang boleh kita lakukan kalau kita tak punya sifat redha ini?

Menangis hingga keluar biji mata kerana kekasih tercinta meninggalkan kita atau disebabkan kematian seseorang yang kita sayangi? Bunuh diri kerana kita gagal peperiksaan atau kecewa disebabkan penceraian? Tak puas hati dan ingin membalas dendam kerana kita dikutuk dan dihina?

Sabarlah. Redhalah. Semua ini susunan Allah dan pastinya ada hikmah disebalik semua itu dan dari kajian FY selalunya ia berlaku atas kesalahan kita sendiri ia berlaku kerana Allah membalas kesalahan yang kita sendiri buat. Ia selalunya berbentuk KIFFARAH yang mana ia menebus dosa-dosa yang lalu jadi janganlah bersedih dan bermuram durja. Kita yang tidak menghormati suami hingga menyebabkan penceraian. Kita yang tak belajar hingga menyebabkan kita gagal dalam peperiksaan, kita yang suka mengutuk dan menghina orang lain di masa muda hingga kita pula yang dikutuk dan dihina dikala tua dan sebagainya.

Sabarlah. Redhalah. Kerana ini semua susunan Allah Taala. Ia hanya satu dugaan untuk meningkatkan keimanan kita kepadaNya.  

Disebalik pengisian FY dalam hal yang positif iaitu untuk menerapkan nilai mahmudah dalam hati pada masa yang sama nilai sifat mazmumah atau sifat negatif yang buruk perlu dikeluarkan dan dihumban jauh. Sifat riak, takbur, hasad dengki, mengadu domba, fitnah, penipu, tamak haloba dan sebagainya ini sebenarnya membawa kerosakan bukan hanya kepada diri malah kepada keluarga, masyarakat dan seterusnya kalau kita seorang pemimpin maka ia akan berlarutan kepada nusa bangsa dan negara.

Di sini FY petik sifat riak sebagai contoh untuk kita sama-sama ambil iktibar.


Sifat riak adalah salah satu daripada sifat mazmumah yang perlu kita jauhi. Pengertian riak ialah melakukan sesuatu amalan dengan tujuan menunjuk-nunjuk.

Seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 264 yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman janganlah engkau rosakkan pahala amalan sedekah kamu dengan perkataan mengungkit-ungkit dan kelakuan yang menyakiti. Sesungguhnya orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Antara ciri-ciri sifat riak ialah :
·         Suka menyebut kejayaan dirinya
·         Suka menyebut kekayaan diri dan keturunannya
·         Suka menunjuk nunjuk amalan yang dilakukan
·         Suka mengungkit sedekah dan pemberian kepada orang lain

Keburukan sifat riak :
·         Dibenci oleh ALLAH dan RASULnya
·         Dibenci oleh ibubapa, rakan dan masyarakat

Amalan yang dilakukan kelak menjadi sia-sia dan ditolak oleh Allah Taala.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda, sharekan atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

Tuesday, January 24, 2012


Rahsia Hubungan / Rumahtangga Bahagia.

Penulisan kali ini bersambung-sambung dari satu bahagian kepada satu bahagian yang lain. Untuk tujuan pemahaman FY menyambungnya dari penulisan yang lalu. Bagi yang telah membaca bahagian yang pertama mereka boleh mengabaikannya dan terus sahaja ke bahagian yang kedua, ketiga dan seterusnya.

BAHAGIAN PERTAMA

Sepanjang kehidupan FY sering bertemu dengan mereka-mereka yang punya masalah dalam perhubungan. Yang bersengketa, yang retak menanti belah, yang putus cinta, yang bercerai berai dan sebagainya. Baik perhubungan kawan, kekasih, saudara mara, adik beradik serta keluarga. Asal dua pihak ini bernama manusia maka inilah yang sering kedengaran dan terjadi.

Kemudian ada pula pakar-pakar motivasi dan kaunseling yang mengatakan itu ini bagi menjelaskan atau kembali memulihkan keadaan namun ada yang berjaya dan ada juga yang tidak.

Apapun disini sekali lagi FY akan mengutarakan penjelasan kenapa permasalahan dalam perhubungan ini boleh terjadi.

Sebenarnya sebagai manusia yang mana punya pengisian yang pelbagai maka lambat laun mereka akan membentuk diri kepada dua golongan utama iaitu golongan orang keduniaan dan kedua golongan orang keakhiratan.

Biar FY terangkan serba sedikit antara ciri-cirinya.

Orang Dunia
  • Mementingkan dunia dan segala isinya.
  • Sentiasa berusaha untuk mencantikkan luarannya namun dalamannya busuk.
  • Punya prinsip kehidupan yang bebas dan tidak tetap.
  • Berambut kuning dan bermata biru.
  • Kaki Clubbing, minum, judi, arak, maksiat dan sebagainya.
  • Bila suka mereka terlalu suka dan bila duka mereka terlalu kecewa. Perubahan emosi mereka dalam range yang besar.
  • Mereka menyusahkan dan tidak menyenangkan. Mereka merupakan punca setiap kali masalah terjadi.

Orang Akhirat
  • Melakukan perbuatan kerana Allah Taala.
  • Bersih di luar dan cantik di dalam.
  • Punya prinsip kehidupan berlandaskan hukum hakam Allah Taala dan Sunnah.
  • Menutup aurat.
  • Kaki solat, surau, madrasah dan masjid.
  • Bila suka mereka biasa sahaja dan bila duka juga mereka rileks sahaja. Perubahan emosi mereka tidak ketara. Flatliner.
  • Mereka menyenangkan dan tidak menyusahkan. Mereka bukan punca sesuatu masalah terjadi.

Jadi dua golongan ini akan bersatu bercampur baur dalam kehidupan. Mereka berkawan, bersaudara, berkasih dan berkahwin.

Hakikatnya kebanyakan novel drama dan kisah yang dipaparkan difilem adalah berdasarkan plot kedua-dua golongan ini. Sebagai contoh Filem Ombak Rindu mahupun Drama Nur Kasih yang popular baru-baru ini juga memaparkan kisah yang serupa.

Kalau dalam Ombak Rindu Hariz heronya merupakan orang dunia yang mengamalkan kehidupan bebas seakan oarng Barat sedangkan Izzah pula merupakan orang akhirat yang mengamalkan hidup Islam. Izaah memohon untuk berkahwin, mengaji, menyiapkan hidangan, menutup aurat, membantu mengurut dan membukakan kasut dan stokin dan sebagainya. Semua ini hanya dilakukan oleh isteri mithali yang faham akan prinsip keislaman untuk berbakti kepada suaminya.

Kisah dalam Ombak Rindu itu jelas menunjukkan perbezaan antara orang dunia dengan orang akhirat. Dalam drama Nur Kasih juga serupa yang mana akhirnya keislaman juga yang membawa bahagia.

Baiklah di sini biar FY jelaskan apa yang terjadi dalam perhubungan diantara mereka-mereka golongan dunia dan golongan akhirat ini.

Orang Dunia VS Orang Akhirat
Masalah akan terjadi kerana perbezaan prinsip dalam diri mereka.

Si suami orang dunia akhirnya menceraikan isteri orang akhirat yang baik bertudung kerana dia mempunyai kekasih gelap bilamana dia semakin mewah dan berkemampuan.

Si isteri orang dunia memilih untuk tidak patuh dan meminta cerai kepada suaminya orang akhirat kerana tak dapat menyediakannya dengan kemewahan hidup. Kalau dahulu semasa suami dapat membelikan kereta dan barang mewah sayangnya tidak terhingga tetapi bila perniagaan suaminya jatuh maka suaminya itu ditinggalkan pergi. Ini kerana dia berkahwin kerana kemewahan dan bukan kerana Allah Taala.

Ibu bapa orang akhirat bergaduh dengan anaknya orang dunia yang mahukan kehidupan bebas umpama orang Barat. Ibubapa yang menyuruh anaknya bersolat, menutup aurat, menziarah dan sebagainya namun tidak dipedulikan malah membawa kepada pergaduhan dan pertelingkahan.

Perhubungan mula menjarak dan pertelingkahan mula terjadi antara suami isteri bila isteri yang mula mendapat hidayah dan mula memakai tudung dan mendekati kuliah-kuliah di masjid. Ia disebabkan kerana perubahan prisip kehidupan bilamana isteri mula mengikut hukum hakam Allah Taala. Contohnya kalau dahulu di ranjang semua boleh dilakukan dan bila si isteri mengelak dari melakukan yang haram maka suami mula bengang dan marah.

Orang Dunia VS Orang Dunia

Mungkin anda akan berkata kenapa pula keretakan akan berlaku diantara orang dunia dengan orang dunia walhal mereka berada dalam kelompok yang sama?

Sebenarnya ia berlaku kerana perbezaan nilai, prinsip dan pendapat. Contohnya prinsip kemaafan.
  • Si Suami hanya akan memaafkan kalau dia datang dan meminta maaf.
  • Si Isteri hanya akan memaafkan kalau dia membayar ganti rugi.
  • Si Ibu hanya akan memaafkan kalau anaknya sujud dikakinya.
  • Si Ayah takkan memaafkan sampai bila-bila.
  • Si kekasih takkan maafkan walaupun dia telah meminta maaf. Forgive but never forget katanya.
  • Dan banyak lagi.

Dalam prinsip kemaafan ini kita boleh lihat berapa banyak nilai perbezaannya. Sedangkan prinsip keakhiratan cuma satu;

  • Maafkan sahaja dengan ikhlas 100% kerana Nabi ampunkan ummat dan ALLAH TAALA juga MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI.

Itu baru FY terangkan mengenai prinsip kemaafan bagaimana pula dengan prinsip-prinsip yang lainnya? Prinsip kerajinan, keyakinan, keikhlasan, kepercayaan, kemurahan, kebaikan akhlak, toleransi, perhubungan dan sebagainya?

Penceraian boleh berlaku hanya kerana perbezaan-perbezaan prinsip-prinsip ini dalam diri dua insan yang sedang dalam perhubungan itu. Bercerai berai kerana cemburu buta, kerana isterinya pemalas, kerana isterinya meminta-minta, kerana suaminya lebihkan ibunya (yang mana bersesuaian dengan prinsip Islam), kerana suaminya panas baran, kaki pukul, kaki todi dan sebagainya. 

Faham tak ni?

Kesimpulannya orang dunia tak punya prinsip asas kehidupan yang sama. Perbezaan prinsip ini membawa kepada perbalahan, pergaduhan dan pemutusan silaturrahim yang dibenci Allah Taala.

Orang Akhirat VS Orang Akhirat 

Orang akhirat yang mana kedua-duanya berpegang kepada Al Quran dan Sunnah pastinya akan hidup dalam keadaan aman damai dan sejahtera kerana mereka takut kepada Allah Taala, menjalankan kehidupan dengan memenuhkan aktiviti ibadah dan menjauhkan maksiat.

Mereka ini tenang, memaafkan, pemurah, bersangka baik dan punya sikap mahmudah yang penuh dengan kebaikan. Anak-anaknya menutup aurat, menjaga solatnya, penuh dengan sopan santun serta punya budi pekerti yang mulia.

Tiada cemburu pada suaminya kerana percaya, tiada sengketa dengan ibubapanya kerana sift taat dan patuh. Sesungguhnya mereka ini merupakan sahabat yang sentiasa menyokong dan setia.

Kesimpulan.

Contoh—contoh ini adalah kebiasaan yang FY nampak dalam semua perhubungan baik kawan, kekasih, keluarga, suami isteri dan sebagainya. Cuba perhatikan dan buat kajian, FY yakin orang kawan di sebelah anda dan masih di sebelah anda selama ini mungkin merupakan orang akhirat yang boleh bersabar dengan kerenah anda si orang dunia atau anda merupakan orang akhirat kerana anda boleh bersabar dengan segala kerenah mereka dan selalu mendoakan mereka mendapat hidayah dari Allah Taala. Ini kerana perhubungan dengan antara orang dunia dengan orang dunia seringkali terputus, penuh dengan masalah dan sengketa. Bila terputus maka kita akan mencari orang dunia yang lain dan acapkali perkara yang sama akan berlaku.

Kesimpulan dari semua ini perhatikanlah hubungan anda baik suami isteri, pasangan kekasih, kawan, keluarga dan sebagainya. Kawan makan kawan hanya berlaku kepada golongan orang dunia namun ini tak berlaku kepada golongan akhirat. Mereka selalu sahaja bergembira, berbahagia dan sejahtera. Mereka menyenangkan dan tidak menyusahkan. Mereka bukan punca sesuatu masalah terjadi.

Bak kata professor Hamka dalam buku falsafah Hidup,

“Mereka yang bahagia dia akhirat adalah mereka yang bahagia di dunia terlebih dahulu.”

Fikir-fikirkanlah. Kalau masih tak faham cari FY, InsyaAllah FY akan cuba membantu menerangkannya dengan lebih lanjut.

Sekian dahulu semoga artikel ini membawa manfaat kepada anda.


BAHAGIAN 2

Kali ini FY sambung kisah betapa baiknya hubungan orang akhirat dengan orang akhirat ini.

Orang Akhirat VS Orang Akhirat

Hubungan baik yang terjalin antara orang akhirat dengan orang akhirat ini baik pasangan, kawan, suami isteri dan sebagainya adalah atas sebab mereka bakal punya prinsip yang sama. Prinsip asas yang disarankan oleh Allah dalam Al Quran dan mengikut Sunnah.

Mereka ini menjaga diri, keluarga, jiran, masyarakat, nusa dan bangsa atas dasar prinsip ugama. Dalam ertikata lain menjaga hubungan sesama Insan pada masa yang sama menjaga hubungan dengan Allah Taala.

Mereka ini menerapkan sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat yang baik dalam diri dan menjauhkan sifat-sifat mazmumah yakni sifat-sifat terkeji dalam diri. Sifat pemurah, bersangka baik, berkata baik, sederhana, bertolak ansur, bertoleransi, saling membantu, suka berkhidmat, menyenangkan dan sebagainya merupakan sifat yang mereka pegang. Dalam ertikata lain mereka mempunyai akhlak yang mulia sepertimana yang dibawa oleh Rasullullah SAW. Malah ada juga yang cara berpakaian, cara pembawakan diri semuanya mengikut Nabi Besar SAW tersebut. Berjanggut, berjubah dan berserban putih, makan, minum, tidur, buang air semuanya mengikut Nabi.

Mereka ini merupakan sahabat-sahabat yang menyokong dan sentiasa setia, sedia berkhidmat setiap masa dengan ikhlas tanpa memohon apa-apa imbalan atas bantuan yang mereka hulurkan. Mereka ini juga merupakan anak yang soleh yang patuh dan taat kepada kedua orang tuanya. Mereka juga secara tak langsung merupakan pembawa berita gembira yang menyebarkan syiar Islam dalam bentuk yang nampak mahupun tak nampak. Mereka bencikan permusuhan dan sukakan keamanan serta kesatuan. Sesungguhnya mereka percaya orang beriman itu bersaudara.

Kalau menyampaikan mereka menyampaikan yang benar dengan hikmah dan bijaksana dalam suasana kasih sayang. Hanya orang dunia yang menyampaikan perkara fitnah, tipudaya, manipulasi, mengadu domba dan dalam kebencian yang mendalam. Ini kerana mereka sendiri tidak tahu yang mana yang benar dan yang mana yang salah.

Dalam hubungan kepada Allah, mereka ini selalu mengingati Allah dalam susah dan senang, nama Allah sentiasa di bibir, di dalam hati, setiap yang berlaku akan dihubungkaitkan dengan Allah Taala, yang baik mahupun yang buruk. Percaya dengan penuh yakin kepada Qada dan Qadar Allah Taala. Sesungguhnya percaya kepada Qada dan Qadar ini adalah petanda keimananan dalam diri.

Mereka mengangkat hukum Allah yang teratas. Andai berlaku konflik antara hukum dunia dan hukum Allah pasti mereka akan mengikut hukum Allah Taala walaupun kedangkala berat di hati namun lambat laun akan diikhlaskan juga. Kerana apa yang penting bagi mereka ialah apa yang Allah kata dan bukan apa yang manusia kata.

Mereka bergerak dan melakukan apa juga perbuatan dengan motif ibadah ikhlas kerana Allah Taala. Sebab itulah kalau mereka berkawan lelaki perempuanpun mereka berkawan kerana Allah dan bukannya kerana nafsu yang membawa ke hotel.

Inilah antara asas-asasnya menjadi orang akhirat. Orang akhirat yang berkahwin dan berpasangan dengan orang akhirat pastinya beruntung dan punya sokongan yang baik dari pasangannya. Itu FY pasti.

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-Nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat ).

Surah An Nisa’ ayat 69

Sekian dahulu. Kita bertemu lagi dalam bahagian yang lain pula dalam topik ini. Semoga artikel ini membawa manfaat dan kefahaman kepada anda yang dijodohkan dengannya. InsyaAllah.

Sunday, January 22, 2012

Aku Bercerai... Tolong...




Sepanjang kehidupan FY sering bertemu dengan mereka-mereka yang punya masalah dalam perhubungan. Yang bersengketa, yang retak menanti belah, yang putus cinta, yang bercerai berai dan sebagainya. Baik perhubungan kawan, kekasih, saudara mara, adik beradik serta keluarga. Asal dua pihak ini bernama manusia maka inilah yang sering kedengaran dan terjadi.

Kemudian ada pula pakar-pakar motivasi dan kaunseling yang mengatakan itu ini bagi menjelaskan atau kembali memulihkan keadaan namun ada yang berjaya dan ada juga yang tidak.

Apapun disini sekali lagi FY akan mengutarakan penjelasan kenapa permasalahan dalam perhubungan ini boleh terjadi.

Sebenarnya sebagai manusia yang mana punya pengisian yang pelbagai maka lambat laun mereka akan membentuk diri kepada dua golongan utama iaitu golongan orang keduniaan dan kedua golongan orang keakhiratan.

Biar FY terangkan serba sedikit antara ciri-cirinya.

Orang Dunia
  • Mementingkan dunia dan segala isinya.
  • Sentiasa berusaha untuk mencantikkan luarannya namun dalamannya busuk.
  • Punya prinsip kehidupan yang bebas dan tidak tetap.
  • Berambut kuning dan bermata biru.
  • Kaki Clubbing, minum, judi, arak, maksiat dan sebagainya.
  • Mereka menyusahkan dan tidak menyenangkan. Mereka merupakan punca setiap kali masalah terjadi.

Orang Akhirat
  • Melakukan perbuatan kerana Allah Taala.
  • Bersih di luar dan cantik di dalam.
  • Punya prinsip kehidupan berlandaskan hukum hakam Allah Taala dan Sunnah.
  • Menutup aurat.
  • Kaki solat, surau, madrasah dan masjid.
  • Mereka menyenangkan dan tidak menyusahkan. Mereka bukan punca sesuatu masalah terjadi.

Jadi dua golongan ini akan bersatu bercampur baur dalam kehidupan. Mereka berkawan, bersaudara, berkasih dan berkahwin.

Hakikatnya kebanyakan novel drama dan kisah yang dipaparkan difilem adalah berdasarkan plot kedua-dua golongan ini. Sebagai contoh Filem Ombak Rindu mahupun Drama Nur Kasih yang popular baru-baru ini juga memaparkan kisah yang serupa.

Kalau dalam Ombak Rindu Hariz heronya merupakan orang dunia yang mengamalkan kehidupan bebas seakan oarng Barat sedangkan Izzah pula merupakan orang akhirat yang mengamalkan hidup Islam. Izaah memohon untuk berkahwin, mengaji, menyiapkan hidangan, menutup aurat, membantu mengurut dan membukakan kasut dan stokin dan sebagainya. Semua ini hanya dilakukan oleh isteri mithali yang faham akan prinsip keislaman untuk berbakti kepada suaminya.

Kisah dalam Ombak Rindu itu jelas menunjukkan perbezaan antara orang dunia dengan orang akhirat. Dalam drama Nur Kasih juga serupa yang mana akhirnya keislaman juga yang membawa bahagia.

Baiklah di sini biar FY jelaskan apa yang terjadi dalam perhubungan diantara mereka-mereka golongan dunia dan golongan akhirat ini.

Orang Dunia VS Orang Akhirat

Masalah akan terjadi kerana perbezaan prinsip dalam diri mereka.

Si suami orang dunia akhirnya menceraikan isteri orang akhirat yang baik bertudung kerana dia mempunyai kekasih gelap bilamana dia semakin mewah dan berkemampuan.

Si isteri orang dunia memilih untuk tidak patuh dan meminta cerai kepada suaminya orang akhirat kerana tak dapat menyediakannya dengan kemewahan hidup. Kalau dahulu semasa suami dapat membelikan kereta dan barang mewah sayangnya tidak terhingga tetapi bila perniagaan suaminya jatuh maka suaminya itu ditinggalkan pergi. Ini kerana dia berkahwin kerana kemewahan dan bukan kerana Allah Taala.

Ibu bapa orang akhirat bergaduh dengan anaknya orang dunia yang mahukan kehidupan bebas umpama orang Barat. Ibubapa yang menyuruh anaknya bersolat, menutup aurat, menziarah dan sebagainya namun tidak dipedulikan malah membawa kepada pergaduhan dan pertelingkahan.

Perhubungan mula menjarak dan pertelingkahan mula terjadi antara suami isteri bila isteri yang mula mendapat hidayah dan mula memakai tudung dan mendekati kuliah-kuliah di masjid. Ia disebabkan kerana perubahan prisip kehidupan bilamana isteri mula mengikut hukum hakam Allah Taala. Contohnya kalau dahulu di ranjang semua boleh dilakukan dan bila si isteri mengelak dari melakukan yang haram maka suami mula bengang dan marah.

Orang Dunia VS Orang Dunia

Mungkin anda akan berkata kenapa pula keretakan akan berlaku diantara orang dunia dengan orang dunia walhal mereka berada dalam kelompok yang sama?

Sebenarnya ia berlaku kerana perbezaan nilai, prinsip dan pendapat. Contohnya prinsip kemaafan.
  • Si Suami hanya akan memaafkan kalau dia datang dan meminta maaf.
  • Si Isteri hanya akan memaafkan kalau dia membayar ganti rugi.
  • Si Ibu hanya akan memaafkan kalau anaknya sujud dikakinya.
  • Si Ayah takkan memaafkan sampai bila-bila.
  • Si kekasih takkan maafkan walaupun dia telah meminta maaf. Forgive but never forget katanya.
  • Dan banyak lagi.

Dalam prinsip kemaafan ini kita boleh lihat berapa banyak nilai perbezaannya. Sedangkan prinsip keakhiratan cuma satu;

  • Maafkan sahaja dengan ikhlas 100% kerana Nabi ampunkan ummat dan ALLAH TAALA juga MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI.

Itu baru FY terangkan mengenai prinsip kemaafan bagaimana pula dengan prinsip-prinsip yang lainnya? Prinsip kerajinan, keyakinan, keikhlasan, kepercayaan, kemurahan, kebaikan akhlak, toleransi, perhubungan dan sebagainya?

Penceraian boleh berlaku hanya kerana perbezaan-perbezaan prinsip-prinsip ini dalam diri dua insan yang sedang dalam perhubungan itu. Bercerai berai kerana cemburu buta, kerana isterinya pemalas, kerana isterinya meminta-minta, kerana suaminya lebihkan ibunya (yang mana bersesuaian dengan prinsip Islam), kerana suaminya panas baran, kaki pukul, kaki todi dan sebagainya.  

Faham tak ni?

Kesimpulannya orang dunia tak punya prinsip asas kehidupan yang sama. Perbezaan prinsip ini membawa kepada perbalahan, pergaduhan dan pemutusan silaturrahim yang dibenci Allah Taala.

Orang Akhirat VS Orang Akhirat  

Orang akhirat yang mana kedua-duanya berpegang kepada Al Quran dan Sunnah pastinya akan hidup dalam keadaan aman damai dan sejahtera kerana mereka takut kepada Allah Taala, menjalankan kehidupan dengan memenuhkan aktiviti ibadah dan menjauhkan maksiat.

Mereka ini tenang, memaafkan, pemurah, bersangka baik dan punya sikap mahmudah yang penuh dengan kebaikan. Anak-anaknya menutup aurat, menjaga solatnya, penuh dengan sopan santun serta punya budi pekerti yang mulia.

Tiada cemburu pada suaminya kerana percaya, tiada sengketa dengan ibubapanya kerana sift taat dan patuh. Sesungguhnya mereka ini merupakan sahabat yang sentiasa menyokong dan setia.

Kesimpulan.

Contoh—contoh ini adalah kebiasaan yang FY nampak dalam semua perhubungan baik kawan, kekasih, keluarga, suami isteri dan sebagainya. Cuba perhatikan dan buat kajian, FY yakin orang kawan di sebelah anda dan masih di sebelah anda selama ini mungkin merupakan orang akhirat yang boleh bersabar dengan kerenah anda si orang dunia atau anda merupakan orang akhirat kerana anda boleh bersabar dengan segala kerenah mereka dan selalu mendoakan mereka mendapat hidayah dari Allah Taala. Ini kerana perhubungan dengan antara orang dunia dengan orang dunia seringkali terputus, penuh dengan masalah dan sengketa. Bila terputus maka kita akan mencari orang dunia yang lain dan acapkali perkara yang sama akan berlaku.

Kesimpulan dari semua ini perhatikanlah hubungan anda baik suami isteri, pasangan kekasih, kawan, keluarga dan sebagainya. Kawan makan kawan hanya berlaku kepada golongan orang dunia namun ini tak berlaku kepada golongan akhirat. Mereka selalu sahaja bergembira, berbahagia dan sejahtera. Mereka menyenangkan dan tidak menyusahkan. Mereka bukan punca sesuatu masalah terjadi.

Bak kata professor Hamka dalam buku falsafah Hidup,

“Mereka yang bahagia dia akhirat adalah mereka yang bahagia di dunia terlebih dahulu.”

Fikir-fikirkanlah. Kalau masih tak faham cari FY, InsyaAllah FY akan cuba membantu menerangkannya dengan lebih lanjut.

Sekian dahulu semoga artikel ini membawa manfaat kepada anda.

Friday, January 20, 2012

Ketentuan Allah




Sebenarnya dalam kehidupan kita yang pendek ini kita akan mempelajari pelbagai nilai kehidupan dan niali ini kalau diambil bakal menjadi prinsip diri. Mereka yang bertemu dengan nilai pemurah dan selalu menyumbang, menderma dan bersedekah maka maka mereka bakal mempunyai prinsip pemurah ini dalam diri. Semua ini melalui satu proses pengisian, pengulangan dan pengukuhan sebelum ia menjadi prinsip diri.

Kalau kita lihat dalam diri seseorang itu maka kita akan dapat lihat ada yang punya prinsip pemurah ini dalam diri dan ada yang tidak. Bagi yang ada prinsip ini kita akan sesekali mendengar mereka berkata yang memberi itu adalah lebih baik dari meminta, tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah, mereka juga yakin yang pemberian akan membawa kepada rezeki yang lebih banyak lagi dan sebagainya.

Ini jelas menunjukkan yang mereka telahpun punya pengisian dalam diri yang menyebabkan mereka menjadi seorang yang pemurah.

Kebanyakan prinsip ini terbentuk dalam diri kita secara spontan, secara tak sengaja dan selalunya dalam tak sedar. Apapun FY pula selalunya memasukkan sesuatu prinsip ke dalam diri secara objektif. Apa yang belum FY masukkan akan FY cuba masukkan dalam hati dan cuba menjadikannya satu prinsip kehidupan. Sifat pemurah, berzikir, sentiasa senyum, bercakap dengan hikmah dan benar, ikhlas dan sebagainya.

Masih banyak prinsip yang belum ada dalam diri FY dan dari masa ke semasa FY akan memasukkannya satu persatu berdasarkan kesedaran yang pada satu-satu masa itu. Tawakkal dan bersyukur kepada Allah antara prinsip terbaru yang FY pelajari dan hayati baru-baru ini.

Sekarang ini FY sedang mempelajari, menghayati dan melaksanakan prinsip Lahaulawalaquataillabillah... iaitu kita manusia tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah Taala.

Kalau kita merasakan yang kita berkuasa untuk melakukan itu dan ini, kalau kita merasakan yang kita yang berjaya mencapai itu dan ini maka sedarilah yang semua ini sebenarnya berlaku atas ketentuan Allah Taala. Kita tak akan malah dapat mengangkat walau sebatang jari sekalipun tanpa keizinan Allah Taala.

Seperkara lagi kita selalu membuat pelbagai perancangan dan kalau difikirkan banyak perancangan yang kita buat mendapat ketentuan yang berbeza. Kita berusaha untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang tetapi kita gagal, kita berusaha untuk mendapatkan kontrak namun kita kecundang dan sebagainya walhal bukanlah lebih baik kalau kita biarkan sahaja ketentuan ini di tangan Allah Taala? Kalah atau menangnya, berjaya atau tidaknya.

Kekecewaanlah yang bakal kita terima kalau kita tidak punya prinsip ini.

Sekian sahaja buat kali ini. Jadilah orang melayu yang punya prinsip Islam dan janganlah jadi orang melayu yang punya prinsip yang tak tentu.

FY